“Aku kursus jauh ni nak kena cari rumah pulak. Lama pulak tu 4 bulan, ada ke rumah yang nak bagi sewa short term? Mana nak cari daaa…”
Anda mungkin salah seorang individu yang mencari-cari rumah sewa jangka pendek seperti Man disebabkan kursus, ditugaskan sementara waktu di pejabat cawangan lain, pekerja kontrak pendek dan sebagainya. Jadi macam mana nak dapatkan rumah sewa kontrak pendek ni?
Artikel ini akan kongsikan beberapa aplikasi yang anda boleh gunakan untuk selesaikan masalah anda.
KENAPA PILIH KONTRAK PENDEK
Bila dilihat dengan keperluan dan penggunaan individu, ini antara sebab kenapa rumah atau bilik sewa dengan kontrak jangka pendek menjadi pilihan.
- Komitmen rendah (deposit rendah atau tiada)
- Kemudahan siap tersedia (Wi-Fi, kebersihan terjaga, setengahnya menyediakan servis pembersihan)
- Ready to move in tak perlu bawak barang banyak (semi atau fully furnished)
- Baru pindah ke bandar atau kawasan tertentu
- Belum dapat pekerjaan tetap atau belum pasti lokasi pekerjaan
- Ditempatkan ke lokasi pekerjaan sementara untuk tempoh tertentu (outstation)
Jadi, yang mana satu antara penyebab untuk anda memilih kontrak jangka masa pendek? Apa saja sebab anda, semua ini boleh diselesaikan dengan aplikasi je. Sekarang dah banyak pemilik rumah yang mempromosikan rumah dan bilik di platform yang menggunakan aplikasi.
FAEDAH GUNA APLIKASI
Bergantung pada individu, pengalaman dan pilihan peribadi, ada yang mahu gunakan khidmat ejen hartanah dan ada yang mahukan gunakan aplikasi. Mari lihat apa yang faedahnya jika anda gunakan aplikasi untuk mencari bilik atau rumah sewa jangka pendek.
- Platform yang selamat, kurang risiko scam.
Penyedia perkhidmatan seperti ini biasanya tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia, jadi anda boleh rasa lebih tenang dan selamat dengan data yang anda kongsikan di sini.
- Banyak pilihan dengan lokasi dan sewa yang diingini.
Dengan populariti platform ini, maka banyaklah pemilik rumah mengiklankan rumah daripada pelbagai lokasi mengikut harga pasaran.
- Boleh jimat deposit sebelum masuk ke rumah atau bilik sewa.
Seperti Speed Home, anda dijamin untuk tak perlu meletakkan deposit sebelum masuk ke bilik atau rumah yang diingini.
- Dokumentasi yang diuruskan oleh sesetengah platform.
Tak perlu lah anda bersusah payah untuk menguruskan dokumentasi perjanjian sendiri. Jimat masa tak perlu nak perlu matikan duti setem di pejabat LHDN.
APLIKASI YANG BOLEH DIGUNAKAN
#1 Speedhome
Tiada deposit, sewa minimum 3 bulan dan sewa terus dengan pemilik rumah. Dokumentasi atau perjanjian hitam putih diuruskan oleh pihak Speedhome sendiri. Pemilik rumah dan bakal penyewa tak perlu risau tentang keselamatan perjanjian yang dilakukan.
#2 iProperty
Mudah dinavigasi dan tapis ikut bajet. Apa yang membezakan platform ini dengan yang lain, ada juga projek perumahan sedang berjalan yang anda boleh lihat.
#3 Mudah.my
Ini platform paling popular. Ada rumah atau bilik yang melalui ejen atau terus kepada pemilik rumah. Dan kadang kala ada tersedia nombor telefon yang boleh anda hubungi untuk info lanjut.
Kalau aplikasi ini pula, anda boleh dapat maklumat berkaitan hartanah dalam blog di laman web. Jika bertuah, dapatlah anda menambah pengetahuan berkaitan perumahan lokasi yang bakal anda duduki.
#5 AirBnB
Hampir semua rumah bawah AirBnb adalah fully furnished. Pilihan jenis rumah seperti apartment, studio,landed dan sebagainya adalah pelbagai. Pemilik rumah yang estetik biasanya suka untuk menyediakan rumah dengan dekorasi cantik di platform ini.
Khas untuk bilik sewa jangka pendek. Nak lebih jimat atau anda ada bajet yang terhad, boleh gunakan. Yang menarik, housemate akan ditapis untuk keharmonian anda dan percuma untuk tukar bilik di rumah lain jika anda tak selesa. Malah bil utiliti bayar ikut kegunaan saja.
SESUAI UNTUK SIAPA?
- Pekerja Gig/ Freelancers (juruedit video, jurufoto, pengurus media sosial, tourist guide dan sebagainya)
- Perunding bisnes (business consultant)
- Flight attendant dengan kontrak singkat
- Chef di atas kapal (menjelajah jauh untuk tempoh
- Consultant Solution Architect
- Ditugaskan kursus yang makan masa berbulan
- Sesiapa saja yang memerlukan (outstation dan sebagainya)
SEMUANYA DAH MUDAH
Siapa sangka permintaan sewa rumah atau bilik sekarang dapat dipenuhi oleh pelbagai penyedia perkhidmatan. Guna aplikasi, cari di laman web, semuanya ada. Tak perlu nak runsing untuk menumpang di rumah sesiapa bila memikirkan tempoh pendek apabila ada keperluan.
Yelah dengan ketersambungan jalur lebar bukan saja meningkatkan kewujudan kerja-kerja yang memerlukan anda travel kerap dalam tempoh yang tertentu lebih lagi dalam bidang IT. Malah permintaan seperti ini meningkatkan ekonomi sekitar.
Maka ramai lah pemilik rumah mempromosikan rumah mereka di platform berkaitan. Jadi, bukan indivudu bekerja saja yang dapat manfaat dengan aplikasi cari rumah ini. Pemilik rumah juga dapat manfaatkan kelebihan mempromosikan rumah mengikut syarat dan keselesaan mereka.