“Lin, bisnes kita ni pakai banyak betul subscription yang kena bayar in USD. Stock photo la, management software la, bayar vendor oversea la. Currency exchange dah la tak menentu, transfer fee tinggi pulak tu. Kena cari jalan ni, kalau tak botak kita…”
Sesetangah bisnes bergantung kepada servis, langganan atau pembelian dari vendor luar negara. Begitu juga para freelancers yang menawarkan perkhidmatan mereka di seluruh dunia. Nilai tukaran matawang tak menentu juga boleh mengakibatkan peningkatan kos yang susah nak dikawal. Belum lagi cerita mengenai transfer fee atau transaction fee yang dicaj perkhidmatan kewangan seperti kad debit atau kredit. Jadi macam mana nak kawal kos seminimum mungkin?
Ada caranya. Sekarang kan dah banyak aplikasi pemindahan wang yang ada di pasaran. Boleh pilih mana satu yang paling sesuai mengikut keperluan masing-masing. Kalau anda boleh relate dengan situasi-situasi kat perenggan di atas ini, aplikasi-aplikasi kat bawah ini boleh bantu!
APLIKASI YANG ADA
#1 MAE MyDebit Visa – e-Dompet dan Juga Kad
Mungkin pemilik akaun Maybank biasa dengan aplikasi ni tapi sebenarnya semua orang boleh guna walaupun tak ada akaun Maybank. MAE inilah platform e-dompet Maybank. Boleh gunakan untuk akaun simpanan atau semasa. Yang menarik, kalau nak buat transaksi luar negara ada kadar pertukaran yang kompetitif. Satu lagi ciri yang memang best adalah ciri keselamatan di mana anda boleh tap dan untap untuk freeze akaun anda jadi tiada siapa boleh pakai kad anda jika ia hilang atau dicuri!
Kalau anda berada di luar negara untuk tujuan perniagaan, boleh gunakan kad MAE. Ia akan tukar mata wang secara automatik. Pemindahan wang ke dan dari akaun simpanan atau semasa Maybank anda pula PERCUMA. Sesuai untuk para freelancer dan juga bisnes mikro kerana had pembelian untuk sehari adalah RM3,000.00 dan sebulan pula RM10,000.00.
#2 BigPay – Pendaftaran yang sangat mudah dan percuma.
Ini juga aplikasi yang popular di Malaysia dengan ciri pengurusan bajet yang mudah digunakan di mana anda boleh menganalisa perbelanjaan anda menerusi ciri analitik yang tersedia dalam aplikasi. Pengumpulan mata juga menarik minat pengguna kerana ia boleh ditebus untuk penerbangan percuma, baucar kedai e-dagang dan sebagainya. Untuk transaksi luar negara juga mudah diuruskan dan caj pemindahan wang yang dikenakan adalah antara RM0 – RM22. Servis BigPay ini hanya tersedia untuk rakyat dan pemastautin di Malaysia & Singapura. Aplikasi ini juga sesuai untuk para freelancer dan pemilik bisnes mikro untuk sebarang transaksi yang memerlukan pemindahan wang antarabangsa.
#3 Wise – Dulu dikenali sebagai TransferWise
Tak kira nak guna untuk keperluan peribadi ataupun bisnes, Wise adalah antara jenama servis pertukaran wang yang kian popular di Malaysia. Kelebihannya pada kos yang telus dan anda akan nampak pecahan kos sebelum membuat apa-apa transaksi. Antara USP (Unique Selling Point) Wise adalah pertukaran wang mengikut kadar semasa dan tiada caj tambahan yang tersembunyi. Caj yang dikenakan adalah caj pemindahan dan akan dihantar dengan kadar segera. Contohnya seperti di bawah.
Untuk pemilik bisnes pula, Wise memudahkan anda membayar invois antarabangsa, menggajikan pekerja yang berada di luar negara, membayar vendor dan pembayaran juga dapat diberikan dengan pantas tanpa perlu menunggu tempoh pemprosesan yang biasanya diperlukan oleh bank konvensional. Jadi lebih pantas operasi bisnes anda boleh berjalan!
#4 MoneyMatch – Aplikasi lokal yang dipercayai syarikat tempatan!
MoneyMatch pula adalah platform lokal yang fokus kepada transaksi kewangan antarabangsa. Menurut mereka, kos pemindahan adalah rendah di mana pemilik bisnes boleh jimat sehingga 6 kali ganda berbanding bank konvensional dengan kadar tukaran yang lebih baik. Jumlah yang diterima oleh penerima juga adalah lebih tepat. Transaksidapat diselesaikan setelah 1-2 hari bekerja. Platform ini juga selamat dengan perlindungan data yang baik dan diaudit oleh Deloitte. Servis MoneyMatch juga meliputi transaksi ke 71 negara & 21 matawang. Sesuai untuk pemilik SME untuk melakukan transaksi antarabangsa yang kerap. Contoh kadar pertukaran di MoneyMatch seperti di bawah.
#5 Paypal – The OG dalam transaksi kewangan antarabangsa!
Ini yang paling popular sejak daripada kemunculannya pada tahun 2000, dan disokong banyak bank seluruh dunia. Kelebihan pada integrasi kad pilihan yang bolehkan anda kekal maksimumkan manfaat pada kad bank pilihan, termasuklah Malaysia. Tapi PayPal bukan je digunakan untuk transaksi peribadi malah boleh digunakan untuk freelancer, kontraktor & SME! Yang bestnya, tak perlu website pun boleh terima bayaran. Ini berita baik untuk para freelancer. PayPal mempunyai dua jenis pakej untuk bisnes yang membuat transaksi kewangan antarabangsa.
Small to Medium Business – Tak kira dimana servis ditawarkan, PayPal bantu untuk anda dapatkan bayaran untuk freelancers, kontractor, peruncit dan lain-lain
Enterprise – Bantu cari pelanggan aktif, meningkatkan jualan menerusi saluran pemasaran dan mengembangkan pasaran.
GUNA APLIKASI ATAU BANK?
Sebenarnya semua terpulang kepada keperluan dan kemudahan bagi urusan bisnes anda . Sebab yang penting adalah kepada penjimatan dan bajet yang anda ada. Selain itu, anda perlu ambil kira penggunaan transaksi. Seperti jumlah yang kecil sesuai guna aplikasi yang cepat dan mudah. Sekarang pun dah ada pilihan untuk bisnes seperti aplikasi Wise & PayPal untuk urusan transaksi yang kerap dan besar.
Tetapi bank juga ada tawaran-tawaran mereka dari semasa dan semasa yang mungkin lebih menjimatkan. Jadi buat kajian masing-masing dan tentukan apa yang terbaik untuk urusan anda sebagai pemilik bisnes ataupun freelancer.
USAHAWAN UNTUNG, INDIVIDU PUN UNTUNG
Nah, itu dia beberapa contoh aplikasi yang boleh digunakan anda sebagai usahawan mahupun bekerja sendiri (self-employed) atau pekerja gig. Pastinya semua penyedia perkhidmatan tersebut selamat digunakan, cuma pilih ikut keperluan dan bajet anda.
Pastinya penggunaan aplikasi pihak ketiga untuk transaksi antarabangsa ini takkan mampu terwujud tanpa sambungan Internet yang stabil di Malaysia. Bagi anda yang sedang mencari-cari, selamat mencuba dan selamat berjaya!