MDEC Go-eCommerce: Tambah Ilmu e-Dagang!

February 1, 2023

Keusahawanan

“Mana satu marketplace nak masuk ni? Lazada? Shopee? Lelong.my? Kalau website sendiri, nak guna payment gateway yang mana pula? Delivery provider yang mana okay? Aduh pening.” 

Kalau anda adalah usahawan yang mengalami masalah di atas, anda patut ambil tahu tentang MDEC Go-eCommerce ini. Go-eCommerce ini merupakan satu portal yang bertindak sebagai  pusat sumber untuk anda tahu pelbagai ilmu e-dagang.

Ilustrasi menunjukkan situasi membeli belah secara e-dagang.

Dan andai kata anda nak tahu tahap kesediaan perniagaan e-dagang anda kat mana pun boleh. Tak lah nanti buang masa tersilap pilih ilmu e-dagang untuk dipelajari. Menarik kan? Jadi jom kenali lebih lanjut tentang MDEC Go-eCommerce ni.

Tangkap layar menunjukkan portal Go-ecommerce

APA KELEBIHANNYA?

Antara kelebihan yang anda boleh pertimbangkan untuk gunakan portal ini pada perniagaan adalah:

#1 Kursus e-Dagang Pelbagai – Boleh tebus manfaat bila selesai kursus

#2 Tahu Insentif Dan Program Kerajaan – Ruang berita dan isu 

#3 Capai Lebih Pelanggan – Kembangkan bisnes dengan cara baru

#4 Tahap Kesediaan – Boleh tahu tahap kesediaan perniagaan untuk e-dagang

Tangkap layar menunjukkan bagaimana untuk mula dengan Go ecommerce

3 LANGKAH MUDAH UNTUK MULA

1. Layari https://mdec.my/en/go-ecommerce, daftar emel dan sahkan (verify).

2. Pergi ke E-commerce Readiness Tool – untuk dapat padanan kursus yang sesuai dengan tahap kesediaan perniagaan.

Tangkap layar menunjukkan kuiz untuk menguji tahap kesediaan sesebuah perniagaan 

3. Pilih kursus yang dicadangkan. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah daripada jurulatih-jurulatih yang bertauliah.

PROGRAM DAN MODUL YANG ADA

PROGRAM

  • eUsahawan Business – latihan keusahawanan digital untuk perniagaan mikro, kecil dan sederhana (MSMEs).
  • eUsahawan Digital – Menerapkan ilmu-ilmu keusahawanan digital di universiti Malaysia dan institusi vokasional.
  • PeDAS – Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi peniaga di luar bandar melalui platform e-dagang.

Tangkap layar menunjukkan program-program yang tersedia di portal Go-eCommerce untuk dipelajari

MODUL

  • Pengurusan Bisnes
  • Pengurusan Kewangan
  • Pemasaran
  • Import eksport 
  • Rules & Regulation Mengeksport

BERTINDAK SEKARANG

Ilustrasi menunjukkan seorang wanita sedang meneropong

Tak kira anda di luar bandar atau di bandar, rebutlah peluang dengan inisiatif yang kerajaan sediakan untuk majukan perniagaan dalam e-dagang. Melalui portal ini, pastinya dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja anda.

Semua usaha pendigitalan bisnes ini semestinya disokong dengan ketersambungan Internet seperti infrastruktur yang disediakan yang Kerajaan. Jadi jangan lupa daftar Go-eCommerce hari ini dan jadilah usahawan bijak!

Penulisan oleh Addin Dyna

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Freelancer! Dah Buat Semua ni Belum?

Keusahawanan

March 17, 2023

Edit Video Pakai Phone je - 4 Pilihan Aplikasi

Keusahawanan

March 15, 2023

Slogan Singkat Yang Melekat - Inspirasi Usahawan!

Keusahawanan

March 13, 2023

Small Business? Ini 5 Cara Untuk Website Awesome!

Keusahawanan

March 9, 2023

Skip to content