Macam Ada Office Tapi Tak Ada Office – Coworking Space

January 26, 2023

Keusahawanan

Dalam sebuah syarikat yang membangun, lazimnya ada situasi macam ini :

“Hmm…Finance team, ada cara lain tak untuk kita jimat kos operasi untuk syarikat kita yang baru ni? Apa cadangan awak untuk kita ada kolaborasi staff & tanpa sewa pejabat yang mahal?”

Ilustrasi menunjukkan pekerja-pekerja yang sedang bekerja

Ini antara isu start-up atau syarikat berstatus kecil dan sederhana (Small & Medium Enterprise, SME). Kekangan kewangan untuk kos operasi, lebih-lebih lagi dalam fasa membangun (growing phase). Jadi MDEC memandang serius perkara ini lagi-lagi dengan peningkatan tech start-up di Malaysia. Itulah yang mendorong MDEC mewujudkan Malaysia Digital Hub (MDH) dan menggalakkan penggunaan ruang coworking di kalangan syarikat-syarikat MSMEs.

Coworking space juga dibina sebagai satu ruang kolaborasi yang menyediakan tempat bekerja untuk para profesional dan remote workers (pekerja jarak jauh). Nak tahu apa lagi manfaat coworking space ini untuk syarikat SME? Teruskan membaca.

MANFAAT COWORKING SPACE 

#1 Menyediakan Ruang Bekerja – Biasanya usahawan Enterprise bekerja seorang atau berdua dan bermula dari rumah masing-masing. Bila ada keperluan untuk menambah beberapa orang pekerja, coworking space jadi pilihan yang lebih efisien.  Mesyuarat dengan client, ada tempat khas. Balik dari kerja, boleh tinggalkan hal kerja di pejabat. Bila ada ruang bekerja, ini membuatkan kerja lebih berstruktur dan anda ada tujuan khas yang terasing daripada kehidupan peribadi.

Ilustrasi menunjukkan suasana perbincangan beberapa orang.

#2 Potensi Kolaborasi & Dapat Pendedahan Baru – Ruang coworking kebiasaanya dipenuhi dengan orang yang ‘like-minded’. Mereka terdiri daripada usahawan dan individu kreatif. Boleh jadi dalam satu ruang yang sama ada syarikat terdiri daripada syarikat interior design, ada pula syarikat Fin-Tech. Kedua syarikat boleh saling belajar sesama sendiri untuk sama-sama membangun. Sebagai contoh pengesyoran penggunaan aplikasi pengurusan projek dan cara kerja yang lebih tangkas. Jaringan profesional (professional network) syarikat pun dapat lebih berkembang. 

Ilustrasi menunjukkan suasana bekerja secara kolaborasi.

#3 Jimat Kos Operasi – Sebagai syarikat SME yang membesar, menyewa pejabat tetap mungkin akan mengurangkan margin untung apabila syarikat anda memilih untuk mengawal bajet. Menyewa di ruang coworking lebih menjimatkan untuk syarikat kecil dengan pilihan tempoh sewaan yang lebih fleksibel. Contohnya penggunaan bulanan dengan hanya notis sebulan. Fasiliti seperti bilik mesyuarat, Wi-Fi yang laju dan stabil, mesin fotokopi atau cetakan juga disediakan. Tak perlu lagi kos renovasi atau pembelian perabot pejabat.

#4 Meningkatkan Interaksi Sosial dan Moral – Ruang coworking menggalakkan interaksi sesama pekerja tak kira dari syarikat yang sama ataupun yang lain. Ini membangkitkan budaya kerja yang lebih positif dan secara tak langsung dapat meningkat motivasi dan produktiviti antara pekerja dan syarikat. Ini sesuatu yang sukar dicapai jika bekerja sendirian di rumah (Work From Home, WFH), kerana ruang coworking beri peluang untuk bersembang seketika sekadar meredakan stres. Work-Life Balance juga lebih dapat dicapai dengan garisan batasan kerja dan ruang peribadi lebih jelas. 

Ilustrasi menunjukkan suasana interaksi sosial.

# 5 Fleksibiliti Sesuai Keperluan Syarikat – Tak terikat dengan kontrak bertahun-tahun, nak sewa 2 atau 3 meja boleh, nak sewa satu sudut bilik khas boleh, ada akses 24 jam untuk sesetengah ruang coworking. Fasiliti bilik mesyuarat pun bayar bila perlu saja. Jadi, tak perlu bayar apa yang anda tak guna. Kan jimat tu!

PILIH IKUT KEMAMPUAN

Ilustrasi menunjukkan pekerja-pekerja yang seronok

Disebabkan Malaysia menuju ke arah digitalisasi global, lebih-lebih lagi dalam inovasi industri teknologi, Malaysia memang menyokong ruang coworking ni. Buktinya dengan mengiktiraf ruang coworking di Malaysia sebagai Malaysia Digital Hub (MDH) bermula pada 2017. Antaranya seperti Sunway iLabs, Common Ground, Dojo KL, Selangor Digital Creative Centre (SDCC), WORQ dan  Found8.

Nah, apa pendapat anda sebagai seorang usahawan start-up yang mempunyai syarikat berkeperluan seperti di atas? Rasa berbaloi tak untuk menyewa di ruang coworking ni? Bandingkan dari segi kosnya, fleksibilitinya dan cara bekerja. Dengan ketersambungan jalur lebar juga penggunaan ruang coworking ni menjadi salah satu pilihan yang tersedia untuk anda.

Tetapi jika bajet membenarkan dan keperluan ruang melebihi apa yang ditawarkan di ruang coworking, mungkin pejabat sendiri adalah lebih baik untuk syarikat anda. 

Penulisan oleh Addin Dyna

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Freelancer! Dah Buat Semua ni Belum?

Keusahawanan

March 17, 2023

Edit Video Pakai Phone je - 4 Pilihan Aplikasi

Keusahawanan

March 15, 2023

Slogan Singkat Yang Melekat - Inspirasi Usahawan!

Keusahawanan

March 13, 2023

Small Business? Ini 5 Cara Untuk Website Awesome!

Keusahawanan

March 9, 2023

Skip to content