Khas Peniaga Muda: Panduan Biaya Perniagaan dan di Mana nak Mula

December 27, 2022

Keusahawanan

Anda ada simptom macam ni?

Berkobar-kobar, rajin bekerja dan ada idea yang selalu luar dari kotak? Haa ini bukan simptom penyakit tapi simptom orang muda yang ada semangat keusahawanan! Simptom ini hanya boleh diredakan jika anda menjadikan bisnes yang dimiliki membangun dengan lebih pesat!

Kat mana nak mula kalau tak Dana Young Entrepreneur 2.0 (YEF 2.0). Penuhi keperluan untuk permohonan dana dan kembangkan perniagaan! Tapi sebelum tu, ini panduan bagaimana nak pastikan proses pembiayaan anda mudah terlaksana:

LANGKAH 1 : AKAUN YANG SISTEMATIK

Yakinkan bank yang kewangan syarikat anda diuruskan dengan baik sekali. Anda juga akan lebih jelas mengenai kedudukan aset, lialibiliti dan ekuiti syarikat. Paling penting, jangan terlupa dokumen perakaunan tahunan yang menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun.

Ilustrasi menunjukkan contoh-contoh jenis perakaunan dalam bisnes

LANGKAH 2: NAIK TARAF KE SDN BHD

Selalunya perniagaan baru didaftar bawah status Enterprise di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tetapi, semakin berkembang syarikat, semakin tinggi risiko kepada pemilik syarikat sebab beban hutang yang ditanggung. Kenapa?  Pemilik dan perniagaan dikira sebagai 1 entiti. Manakala kalau naik taraf ke Sdn Bhd, dah terpisah entiti di mata undang-undang. Syarikat Sdn Bhd juga dilihat sebagai entiti yang lagi kukuh dan mudah untuk dapatkan pinjaman daripada bank. 

Gambar menunjukkan ilustrasi perkembangan bisnes.
Ilustrasi menunjukkan perkembangan bisnes

LANGKAH 3: SEMAK STATUS SSM

Anda jangan lupa semak SSM melalui portal untuk memastikan lesen perniagaan mempunyai tempoh yang sah dan jika ada perkara yang kena update, laksanakanlah segera.

Tangkap layar daripada laman web EzBiz SSM.
Tangkap layar daripada laman web EzBiz SSM

LANGKAH 4: AKTIF BEROPERASI

Selepas hantar borang pinjaman di bank atau badan berkenaan, tempoh pemprosesan mungkin akan merangkumi lawatan pegawai ke kedai ataupun premis perniagaan anda. Pastikan aktiviti jualan anda berjalan seperti biasa.

Gambar menunjukkan ilustrasi seorang juruwang di kaunter pembayaran.
Ilustrasi menunjukkan seorang juruwang di kaunter pembayaran

LANGKAH 5: BERDAFTAR DENGAN LHDN

Berniaga dan cukai. Tak boleh dipisahkan 2 perkara ni. Penting tau bayaran cukai yang konsisten dan mempunyai rekod bayaran sekurang-kurangnya 2 tahun. Ini akan menambah kredibiliti anda sebagai peminjam yang baik dan komited.

Tangkap layar laman web LHDN.
Tangkap layar laman web LHDN

LANGKAH 6: MENCARUM DENGAN KWSP

Kalau perniagaan dah berkembang, mestilah perlukan lagi ramai pekerja kan? Jangan lupa daftarkan perniagaan dan pekerja di KWSP. Anda akan dilihat sebagai pemilik perniagaan yang bertanggungjawab akan hak dan kebajikan pekerja.

Tangkap layar laman web KWSP.
Tangkap layar laman web KWSP

LANGKAH 7: SEMAK CCRIS

Okay ni yang terakhir. Jangan lupa untuk semak CCRIS anda. Dapatkan skor kredit yang baik sebab ia akan membuatkan peluang anda membuat pinjaman lebih mudah. Anda boleh dapatkan tips-tips yang bermanfaat untuk memperbaiki skor di sini!

Tangkap layar laman web CCRIS.
Tangkap layar laman web CCRIS

Kalau anda berjaya penuhi checklist kat atas, semak had pembiayaan & kelayakan di bawah. Rasa dah sedia nak mohon atau nak tahu maklumat lanjut? Layari laman web SME Bank Group.

Infografik menunjukkan had biaya, tujuan & kelayakan Dana Young Entrepreneur.
Infografik menunjukkan had biaya, tujuan & kelayakan Dana Young Entrepreneur 2.0

Okay, sekarang anda dah tahu kan langkah-langkahnya? Tunggu apa lagi, kalau anda berniaga fizikal ataupun dalam talian, cepat dapatkan dana ni. Selagi anda beroperasi di Malaysia, permohonan anda sangat dialu-alukan!

Ambil semangat juang berbisnes dan lebarkan sayap anda untuk terbang lebih tinggi lagi untuk memesatkan ekonomi Malaysia. 

Penulisan oleh Qareena Ramlee

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Freelancer! Dah Buat Semua ni Belum?

Keusahawanan

March 17, 2023

Edit Video Pakai Phone je - 4 Pilihan Aplikasi

Keusahawanan

March 15, 2023

Slogan Singkat Yang Melekat - Inspirasi Usahawan!

Keusahawanan

March 13, 2023

Small Business? Ini 5 Cara Untuk Website Awesome!

Keusahawanan

March 9, 2023

Skip to content