Guna Chatting Apps Untuk Luaskan Pasaran

February 10, 2023

Keusahawanan

“Mimah, kau patut join Telegram Channel Melor Melati Scarf ni! Aku tahu kau kan suka tudung design macam ni. Kalau launch produk baru, dorang rajin bagi diskaun dalam group untuk early bird!” 

Kalau anda usahawan fesyen, mungkin ini dialog yang anda jangka berlaku dalam kalangan pelanggan anda. Biasalah, untuk pembeli tegar diskaun wajib dicari. Lagi-lagi dalam talain. Kalau ikut statistik pula, pengguna WhatsApp Malaysia ada sebanyak 98.7% dan Telegram, 40.1%. 

Gambar menunjukkan logo Telegram & WhatsApp

Usahawan mungkin tak sedar dengan menggunakan ciri-ciri yang ada dalam 2 platform ni, banyak manfaatnya untuk perniagaan. Jadi jom baca lebih lanjut bagaimana usahawan boleh maksimumkan penggunaan 2 aplikasi ini.

Ilustrasi menunjukkan sebuah aplikasi e-dagang berinteraksi dengan pelanggan 

CIRI-CIRI YANG ADA

Anda mungkin sudah biasa gunakan ciri-ciri di bawah tanpa sedar:

#1 Sebaran Informasi Bisnes 

Ilustrasi menunjukkan pemasaran menerusi pelbagai saluran 


WhatsApp : Senarai siaran (broadcast list) yang membolehkan bisnes memberi mesej sekaligus pada semua senarai contact pelanggan yang disimpan. Pastikan respon individu sebagai pelanggan lebih terlindung dan terus kepada anda tanpa dalam kumpulan bualan(group chat) lebih besar.

Telegram : Dengan membuat Telegram channel seperti ‘Komuniti Tudung Manis’ untuk pengikut jenama Tudung Manis yang mahukan informasi berkaitan promosi dan event. Di sini ada FAQ nya jika anda ingin ketahui lebih lanjut.

#2 Keselamatan Peribadi (End-to-end Encryption)

Ilustrasi menunjukkan pengawasan keselamatan data peribadi

WhatsApp : Memastikan hanya pengirim dan penerima boleh membacanya. Ini berguna untuk perniagaan yang perlu melindungi maklumat sensitif bisnes dan pelanggan.

Telegram : Turut mempunya fungsi yang sama, ia juga berguna untuk syarikat melindungi maklumat sensitif bisnes dan pelanggan.

#3 Perkongsian Fail

Ilustrasi menunjukkan perkongsian fail secara digital


WhatsApp: Kapasiti penyimpanan terhad dengan menyimpan data melalui cloud seperti yang ada di telefon anda sendiri. Jadi kapasiti telefon anda akan cepat penuh.

Telegram: Kapasiti penyimpanan tanpa had, cuma dengan had saiz fail perkongsian sehingga 2G untuk setiap hantaran.

#4 Automasi

Ilustrasi menunjukkan mesej automatik daripada chatbot

WhatsApp:  Ada ciri seperti balasan pantas dan mesej automatik yang boleh membantu perniagaan menjimatkan masa, dengan menggunakan WhatsApp Business. Ini caranya. 

Telegram: Jadualkan mesej anda untuk digunakan dalam Telegram Group bagi sebarang hebahan informasi, dengan masa yang boleh ditetapkan.  Untuk menjadualkannya, anda boleh ikut tutorial di sini.

#5 Penggunaan di Web

Ilustrasi menunjukkan mesej automatik daripada chatbot

WhatsApp: Menggunakan WhatsApp Web memudahkan kerja kakitangan yang berkaitan untuk kemaskini perbualan antara pelanggan dengan beberapa peranti. Yelah, boleh sambungkan dengan 4 peranti. Lebih praktikal untuk digunakan beberapa orang dalam bahagian perkhidmatan pelanggan. Anda boleh login WhatsApp Web di sini

Telegram: Gunakan Telegram Web pada beberapa peranti misalnya untuk mudah urus sebarang pertanyaan selepas hebahan promosi. Kalau untuk Telegram, sambungan peranti adalah tanpa had. Hanya gunakan nombor telefon yang sama untuk log masuk. Anda boleh mula login di sini

#6 Penggunaan Katalog

WhatsApp: Anda boleh letakkan senarai produk dengan harganya pada ruang catalog dalam akaun Business WhatsApp. Dan pelanggan boleh melakukan pembelian terus melalui WhatsApp dengan pilihan ‘add to cart’. Mudah kan?

Tangkap layar menunjukkan penggunaan katalog dalam WhatsApp Business.

Telegram: Gunakan Telegram Channel, sebagai ruang katalog produk. Perniagaan boleh manfaatkan saluran Telegram untuk promosikan produk, berinteraksi dengan komuniti, dan sebagainya. 

Tangkap layar menunjukkan penggunaan katalog dalam saluran Telegram.

WHATSAPP ATAU TELEGRAM?

Dengan sambungan internet yang semakin bertambah baik di Malaysia, penggunaan kedua platform ini juga sama berkembang sebagai medium komunikasi oleh ramai pengguna. Dan yang paling penting, ciri-ciri dalam platform ini membantu perniagaan untuk mengurus komunikasi dengan pelanggan dan memudahkan pemasaran serta menambah baik produk atau servis.

Untuk hebahan info, Whatsapp Group mungkin agak terhad dengan 1024 penyertaan ahli. Dan Telegram Group pula hingga 200,000 penyertaan. Tapi itu sudah mencukupi untuk penggunaan meluas dalam perniagaan. Jadi anda pilih yang mana? Apakata gunakan keduanya; WhatsApp untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Telegram pula untuk hebahan informasi kepada prospek anda.

Jadinya, selamat mencuba!

Penulisan oleh Addin Dyna

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Freelancer! Dah Buat Semua ni Belum?

Keusahawanan

March 17, 2023

Edit Video Pakai Phone je - 4 Pilihan Aplikasi

Keusahawanan

March 15, 2023

Slogan Singkat Yang Melekat - Inspirasi Usahawan!

Keusahawanan

March 13, 2023

Small Business? Ini 5 Cara Untuk Website Awesome!

Keusahawanan

March 9, 2023

Skip to content