“Alamak birthday Azfar hari ni ke? Ah sudah nak kena beli kek urgent tapi aku busy hari ni. Jap nak Google lah, ada tak yang aku boleh order online anda deliver sepantas kilat!”
Mesti ada di antara anda pernah alami situasi sebegini. Nak barang urgent tapi tak ada masa. Jadi Google adalah penyelamat anda untuk selesaikan masalah. Ini dari sudut pandangan pelanggan, jika dilihat dari perspektif peniaga dalam talian pula, ini adalah PELUANG. Jika anda dapat kenalpasti apa yang diperlukan pelanggan, laman web atau marketplace anda akan jadi carian nombor satu di Google Search Page. Siapa tak nak kan?
Iyalah sekarang nak apa-apa pun, mesti orang akan Google dulu. Nak tengok review lah, nak tengok katalog lah, nak cari alamat perniagaan lah dan bermacam lagi. Itulah sebab semua perniagaan disarankan mempunyai laman web masing-masing. Dan apa yang meningkatkan ranking laman web anda supaya jadi nombor 1 di Google Search Page, SEO (Search Engine Optimisation)! SEO lah cara yang penting untuk memastikan laman web anda dijumpai dalam talian. Bukan saja SEO ini cara pemasaran evergreen dengan kos rendah untuk menarik prospek atau meningkatkan kredibiliti jenama, tapi cara ini juga boleh bantu lariskan jualan anda.
Masih tak jelas apa itu SEO? Teruskan membaca.
APA ITU SEO
Pengoptimuman Enjin Carian (Search Engine Optimization, SEO) bermaksud proses menaiktaraf laman web anda untuk mudah dijumpai atau dilihat sesiapa yang mencari produk atau perkhidmatan berkaitan jenama anda di Google, Yahoo, Bing dan enjin carian lain.
Apabila laman web lebih mudah dilihat, lebih mudah untuk anda sebagai perniagaan untuk menarik bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada. Jadi jom kita lihat asas-asas untuk mulakan SEO di laman web berdasarkan panduan daripada Hubspot.
8 LANGKAH ASAS UNTUK MULAKAN SEO
#1 Kaji Kata Kunci (Keywords)
Buat kajian tentang kata kunci yang ada jumlah carian terbesar dan mudah untuk ranking. Cari kata kunci pendek dan panjang (short, long tail). Short tail seperti ‘kek’ yang lebih umum dan popular. Manakala ‘long tail’ istilah lebih spesifik dan jelas menunjukkan niat carian. Contohnya ‘penghantaran kek hari jadi Kuala Lumpur’. Seperti contoh di bawah, Google ads juga akan muncul dengan kata kunci pendek berbanding dengan kata kunci pendek.
#2 Letak Keywords di Page Title laman web
Ambil contoh carian ‘online cake delivery’ seperti ini:
#3 Letak Kata Kunci di URL.
Enjin carian juga menggunakan keyword di URL laman web. Jadi jangan lupa untuk masukkan keyword di URL laman web perniagaan anda. Contohnya kata kunci ‘kek vanilla’ seperti ini:
#4 Letak Keywords pada Deskripsi Meta
Deskripsi Meta pada muka halaman akan beritahu lebih lanjut pada pencari dan enjin carian, berkenaan laman web anda. Contoh ‘Kedai kek homemade pelbagai pilihan. Kek serendah RM40 dengan penghantaran hari sama.’
#5 Letakkan Keywords Pada teks H1
Teks H1 (Headline 1) biasanya tajuk artikel atau beberapa teks tebal yang lebih besar di bahagian atas halaman anda. Contohnya keyword ‘cake delivery’’ dalam ‘Online cake delivery service’ seperti di bawah:
#6 Masukkan Keywords dalam Konten
Meletakkan keywords dalam konten adalah salah satu strategi SEO on-page. Sebolehnya gunakan sebanyak 4-6 kali atau 10-12 kali. Tapi jangan sumbat semua sampai macam ayat tulisan robot.
Contohnya:
Kami merupakan kedai kek di Kuala Lumpur, kedai kek terbaik di Kuala Lumpur, di mana pelanggan boleh membeli kek menggunakan bahan-bahan import dan membuat penghantaran di sekitar Kuala Lumpur.
Jadikan tulisan lebih dekat di hati pelanggan seperti:
Kedaikek.com merupakan sebuah kedai kek yang menitikberatkan bahan-bahan yang kami gunakan dalam kek-kek kami. Semua bahan-bahan yang digunakan terdiri daripada sumber terbaik dan diimport khas . Penghantaran hari yang sama dalam tempoh 2 jam sekitar Kuala Lumpur.
#7 Bina Pautan Kepada Laman Web
- Pautan Inbound (backlinks) – Bila laman web luar menggunakan pautan laman web anda pada web mereka. Perbuatan ini menunjukkan pada enjin carian yang laman web anda berkualiti dan mempunyai autoriti untuk dijadikan sumber rujukan.
- Pautan Outbound – Membawa maksud pautan yang membawa anda kepada ruangan lain (laman web luar atau site dalam laman web anda sendiri). Pautan ini untuk memberi maklumat lanjut tentang konten berkaitan. Contohnya pautan program GLOW (bertulisan biru) yang akan membawa ke laman web GLOW MDEC di bawah.
#8 Pantau Hasil Rank
Beri masa lebih kurang beberapa minggu atau bulan untuk dapatkan hasil daripada SEO. Anda boleh gunakan tools seperti Google Analytic dan juga semak page ranking anda di Google Search Console untuk ketahui di mana lagi anda perlu perbaiki.
UPGRADE PENGGUNAAN SEO ANDA
Baiklah, dapat dah gambaran apa itu SEO? Untuk anda yang merancang menggunakan laman web bagi produk atau perniagaan anda, tahniah. Satu langkah yang menjadi pelaburan masa panjang untuk perniagaan anda.
Yelah sekarang memang setiap orang kalau ada masalah atau berniat mencari sesuatu, akan kata “Google je”. Sebab itulah rujukan terpantas terdekat yang ramai orang ada, lagi pula sambungan Internet stabil yang memudahkan hasil carian.
Jadinya, selamat mempelajari dunia SEO dan selamat maju jaya!