Benda Basic Untuk Usahawan 

February 22, 2023

Keusahawanan

“Semua benda si Bob tu buat, laman e-dagang dia ada, media sosial bisnes dia gempak, customer service dia power. Aku ni dah la baru mula bisnes, platform digital marketing pun tak tahu mana satu nak guna Ajis”.

“Bob tu dah lama meniaga, mestilah semua benda dia dah cuba Jat. Kau start dengan main konten social media dulu. Itu paling relevan & boleh convert sales sekarang!”.

Ilustrasi menunjukkan sebuah syarikat start-up

Ada betulnya kata si Ajis ini. Semua benda nak buat pada satu-satu masa, nanti lari fokus dan sudahnya apa pun tak jadi. Kalau anda salah seorang seperti Jat yang pening nak pilih mana satu platform digital marketing untuk bisnes sebagai seorang yang baru je jadi usahawan, apa kata anda mulakan dengan pemasaran media sosial. Ini disebabkan platform ini yang paling mudah nak diakses dan dimulakan. Kalu pandai pasang strategi, boleh convert sales tau, bak kata Ajis!

Kalau pening sangat anda kena tahu 3 perkara asas ini je dulu, sebelum advanced ke level yang lebih mantap! 

PERKARA ASAS UNTUK BERMULA

#1 Kenalpasti target audiensUntuk memudahkan promosi, pengiklanan dan membuat strategi konten berdasarkan target audience yang telah anda tetapkan. Bayangkan macam buat profil target audience persona. Macam isi maklumat biodata tapi maklumatnya adalah karakteristik jenis pelanggan yang anda nak capai. Macam nak buat tu, dengan jawab soalan-soalan di bawah:

  • Siapa? – Kerja apa & posisi apa (senang nak tentukan tone of voice)
  • Di mana? – Duduk di mana, bekerja di industri apa (untuk jadi lebih relatable)
  • Apa matlamat? – Apakah objektif dan matlamat dalam hidup (anda tahu macam mana nak tolong)
  • Kenapa mereka susah? – apa masalah/struggles mereka (macam mana produk/servis boleh tolong)
  • Bagaimana nak tolong? – Saluran media pilihan mereka (tawar solusi masalah melalui saluran yang dikenalpasti)
  • Bila? Masa terbaik untuk capai mereka

Ilustrasi menunjukkan contoh target audiens.

CONTOH: 

  • Encik Arif, seorang bapa baru berusia 29 tahun dengan seorang anak (SIAPA)
  • Bekerja sebagai jurutera perisian, duduk di tengah bandar Kuala Lumpur (DI MANA)
  • Matlamatnya membesarkan anaknya sehabis baik (MATLAMAT). 
  • Bapa baru, kurang ilmu praktikal tentang penjagaan bayi (KENAPA). 
  • Beliau berada di media sosial dan menggunakan carian di media sosial terutamanya Tik Tok. 
  • Produk anda perlu lalu di FYP dengan memberikan tips & tricks penjagaan bayi beserta selingan produk di video Tik Tok syarikat anda (BAGAIMANA)
  • Anda kena anggarkan bila masa yang En Arif paling aktif atau kurang aktif di media sosial (BILA).

Ilustrasi menunjukkan seorang bapa yang sedang mendukung anaknya

#2 Pengurusan Konten – Dengan mengurus kalendar konten anda boleh tahu masa terbaik, dan jadualkan konten lebih awal. Boleh buat hantaran automatik.

  • Tahu Masa Terbaik Untuk Buat Hantaran – Guna Instagram Insights & Facebook Insights untuk tahu masa terbaik nak buat hantaran konten. Secara umumnya, masa terbaik untuk di Instagram Malaysia adalah antara 6PM – 9PM, selepas waktu bekerja dan semasa makan malam.
  • Scheduling – Dalam media sosial sendiri ada ciri untuk jadualkan konten dengan lebih awal. Facebook Creator Studio (sekaligus penjadualan di Instagram) dan Twitter Business. 
  • Guna Tools Luar – Seperti Later.com, Hootsuite, Sproutsocial. Boleh satukan semua platform media sosial dalam satu tempat. Untuk Twitter boleh guna tools percuma seperti Tweetdeck
  • Insights dan Laporan – Dengan laporan rekod prestasi, dapatlah anda tambah baik konten dan bereksperimentasi. Setiap media sosial akaun bisnes atau akaun creator ada ciri ini.

Ilustrasi menunjukkan individu menggunakan kalendar untuk merancang.

#3 Social Listening – Social listening membantu anda memahami apa yang sedang dibualkan mengenai syarikat/produk/jenama di ruang digital tak kira di media sosial, Google review, di blog-blog dan sebagainya. Dengan data yang diperoleh daripada social listening, anda boleh menggunakannya sebagai kayu ukur tahap brand awareness dan juga untuk maklum balas untuk memperbaiki produk/tawaran.Ini antara apa yang boleh anda semak:

Analisis kempen – mendapat maklum balas sekiranya anda ada buat kempen pemasaran di media sosial.

Analisis syarikat pesaing – dapatkan data prestasi pesaing seperti kempen-kempen yang sedang mereka lakukan.

Pantauan Acara – Bolehkan syarikat melihat respon real time pelanggan/bakal pelanggan untuk sesebuah acara terutamanya acar virtual.

Tren Industri – Ketahui tren terkini dalam industri masing-masing supaya anda menjadi antara yang pertama mengaplikasikannya

Ikon Google Alert

Tools percuma – Guna Google Alert untuk tahu siapa yang bercakap tentang bisnes anda, nak tahu topik menarik yang trending, pantauan industri (pesaing) dan sebagainya. 

Antara Ciri: Dapat notifikasi ‘mention’ jenama anda daripada media sosial dan boleh berinteraksi dengan pelanggan yang telah anda kenalpasti. Atau dapatkan juga notifikasi topik semasa dalam industri untuk idea konten baru melalui ciri ini.

Ikon Hubspot, Falcon.io, Sprout Social & HootSuite

Tools berbayar – Antaranya adalah HubSpot, Falcon.io, Sprout Social & HootSuite

Antara Ciri: Kebanyakan tools yang berbayar agak menyeluruh. Bukan saja boleh “mendengar perbualan” di ruang digital, malah menggabungkan ciri seperti menjejak dan analisis data dalam satu platform yang sama. Ia juga dipanggil sebagai social media management tools.

Ilustrasi menunjukkan sekumpulan orang yang sedang berkomunikasi menggunakan pelbagai platform digital

SENANG JE, MULAKAN DENGAN YANG ASAS & PALING RELEVAN

Dengan berpandukan tips di atas, dapatlah anda pecut bisnes dengan mudah di media sosial. Tak perlu fikir jauh sangat untuk mulakan pemasaran dalam talian sampai keliru nak mulakan yang mana.

Mulakan dengan apa yang ada, paling dekat dan sering anda sendiri gunakan contohnya media sosial ini. Mana taknya semua orang sekarang ni memang tak boleh berenggang dengan media sosial. Jadi anda kena manfaatkan Internet untuk melakukan pemasaran media sosial bisnes dengan sebaiknya.

Selamat mencuba!

Penulisan oleh Addin Dyna

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Freelancer! Dah Buat Semua ni Belum?

Keusahawanan

March 17, 2023

Edit Video Pakai Phone je - 4 Pilihan Aplikasi

Keusahawanan

March 15, 2023

Slogan Singkat Yang Melekat - Inspirasi Usahawan!

Keusahawanan

March 13, 2023

Small Business? Ini 5 Cara Untuk Website Awesome!

Keusahawanan

March 9, 2023

Skip to content