Belajar Marketing PERCUMA dengan Google Skillshop

February 8, 2023

Keusahawanan

Macamana nak letak bisnes dalam Google eh? Lepastu nak buat Google Ads ini belajar kat mana dan siapa?”

Anda seorang usahawan? Atau anda seorang pekerja gig dalam bidang pemasaran digital yang pening dengan pemasaran melalui Google? Ini ada berita baik, khas untuk anda.

Ilustrasi menunjukkan pelajar-pelajar yang sedang belajar dalam talian

Sebenarnya Google sendiri ada menyediakan kursus dan sijil untuk belajar tools mereka. Semestinya yang boleh bantu pemasaran perniagaan anda. Apa tu? Google Skillshop lah jawapannya. Nak tahu macam mana anda boleh dapatkan kursus dan sijilnya? Dah la percuma pulak tu. Jom kita  tengok 8 topik yang anda boleh belajar untuk tingkatkan pengetahuan dalam pemasaran digital.

Tapi sebelum itu, kita teroka sikit kenapa anda kena belajar daripada Google SkillShop.

GOOGLE SKILLSHOP INI APA?

Tangkap layar menunjukkan laman web di mana anda boleh mula untuk belajar Google Tools

Okay, sebenarnya Google Skillshop ini adalah program pembelajaran online yang dibuat dan dibangunkan Google untuk anda belajar Google Tools yang ada. Misalnya Google Ads, Google Analytics, Google Business Profile dan sebagainya.

KENAPA USAHAWAN KENA BELAJAR?

  • Anda buat carian Internet guna apa? Mesti rata-rata akan kata gunakan Google. Sebab itu bila anda manfaatkan Google Skillshop ini, anda boleh belajar dan bangunkan perniagaan dengan lebih jauh.
  • Contohnya:
    • Tarik pelanggan ke website
    • Mudahkan pelanggan buat carian maklumat lengkap untuk datang ke kedai fizikal 
    • Muat turun aplikasi
    • Dapatkan lebih panggilan telefon daripada pelanggan atau bakal pelanggan. 
  • Malah, nanti dapatlah anda kumpul data peribadi daripada bakal pelanggan untuk lakukan pemasaran bersasar
  • Ini semua membantu objektif perniagaan yang anda tetapkan.
Ilustrasi menunjukkan data yang diperoleh

APA PROGRAM YANG ADA?

#1 GOOGLE ADS 

Gambar menunjukkan logo Google Ads

Ini adalah program pertama Google. Sangat berguna bila anda sebagai digital marketer nak iklankan perniagaan dalam talian. Mana-mana iklan yang anda pernah nampak di enjin carian Google, di Youtube, di laman web, itu semua boleh diiklankan melalui Google Ads. 

Nak tawarkan servis buat iklan atau nak buat je sendiri supaya jimat kos, wajib belajar topik ini. Dah la percuma kalau nak ambil certificates pun boleh!

Contoh kelas: Google Ads Display, Google Ads Search, Shopping Ads, Google Ads Measurement dan lain lain. Kalau nak tahu prestasi iklan digital dalam Google Ads, boleh cuba Google Ads Measurement. Anda boleh mulakan di sini.

Tangkap layar menunjukkan butiran yang diperlukan untuk membuat iklan di Google

#2 GOOGLE MARKETING PLATFORM 

Gambar menunjukkan logo Google Marketing Platform 

Ini pula untuk anda tahu lebih mendalam semasa nak merancang, melaksanakan dan mengukur prestasi iklan yang anda jalankan. Anda boleh capai audien yang lebih spesifik dan rancang untuk pelanggan lihat iklan dalam pelbagai medium media. 

Contoh kelas: Display & Video 360, Search Ads 360, Campaign Manager, Creatives, Google Web Designer

Tangkap layar menunjukkan kursus yang termasuk di bawah Google Marketing Platform

#3 GOOGLE ANALYTICS

Gambar menunjukkan logo Google Analytic


Topik ini akan fokus pada tools untuk mengukur perkembangan bisnes melalui pengumpulan data dan analisis. Barulah kita tahu ads bisnes perform atau tidak, siapa sebenarnya yang selalu responsif kepada iklan, peranti apa yang selalu mengakses iklan, adakah konten yang tertulis berkesan, demografi audiens dan sebagainya. Kalau anda baru nak mula, anda patut mulakan dengan Google Analytics 4

Tangkap Layar menunjukkan laporan di Google Analytic. Kredit imej daripada Reflective Data

#4 GOOGLE BUSINESS PROFILE 

Gambar menunjukkan logo Google Analytic

GMB ini adalah tools yang ramai perniagaan guna untuk letak dalam platform Google. Bila cari nama sesuatu jenama anda boleh boleh jumpa lokasi, waktu operasi dan ada review. Perniagaan anda akan tersenarai dalam Google bila menggunakannya.

Tangkap layar menunjukkan contoh jenama yang menggunakan Google My Business. Kredit imej daripada Google. 

#5 GOOGLE AD MANAGER

Gambar menunjukkan logo Google Ad Manager

Nak buat iklan berbayar pula? Topik ini akan ajar macam mana nak dapatkan revenue dengan iklan berbayar yang anda buat. Sesuai untuk anda yang nak kawal sendiri format iklan seperti video, web dan aplikasi, berbeza dengan Google Ads di atas.

Tangkap layar menunjukkan laporan di Ad Manager 360. Kredit imej daripada MarTech.

#6 GOOGLE ADMOB

Gambar menunjukkan logo Google AdMob.

Haa topik ini akan ajar macamana nak letak iklan dan jana revenue daripada iklan yang anda letak dalam aplikasi anda. Dah penat-penat buat aplikasi yang gempak, mestilah kena monetise. Terutamanya aplikasi yang percuma kan, berbaloi sikit masa yang dihabiskan. 

Tangkap layar menunjukkan laporan di Ad Manager 360. Kredit imej daripada Software Advice.

#7 AUTHORIZED BUYER

Gambar menunjukkan logo Google Authorise Buyer

Authorised Buyer ini sedikit kompleks. Ini di mana anda membeli bagi pihak pengiklan, ruang-ruang pengiklanan yang sesuai atau ruang iklan yang mempunya permintaan tinggi. Jadi Authorized Buyer seperti orang tengah yang menghubungkan pihak pengiklan dengan ruang pengiklanan yang sesuai melalui sistem bidding. Biasanya dilakukan pada skala yang besar dan jika anda ingin tahu lebih lanjut boleh layari laman web ini dan jika anda berminat untuk mengambil kursus ini, layarilah laman web Google Skillshop.

#8 WAZE FUNDAMENTALS E-LEARNING

Gambar menunjukkan logo Waze

Mesti anda pernah tengok iklan KFC dalam Waze, tunjuk cawangan terdekat kan? Kat sini lah anda boleh belajar macam mana nak tukar lokasi perniagaan anda kepada destinasi dengan Waze Ads. 

Tangkap layar menunjukkan contoh iklan restoran-restoran di aplikasi Waze. Kredit, Medium

BUKAN UNTUK USAHAWAN SAJA

Google ini satu enjin carian yang hampir semua pengguna Internet gunakan. Jadi apa kata anda manfaatkan tools mereka untuk perniagaan. Kalau anda eksekutif atau freelancer pemasaran digital, lagilah berguna. Sebab kursus Google Skillshop memang siap ada sijil! Sijil ada nama Google mesti laku. Nak minta naik gaji mana tahu lebih mudah. Dah la siap dengan silibus, nak ambil sijil pun percuma je. 

Penting bila mana sekarang semua orang bergantung dengan ketersambungan Internet untuk cari pelbagai maklumat. Lebih-lebih lagi berkaitan jenama kegemaran mereka. Jadi manfaatkan insfrastruktur yang disediakan oleh kerajaan dan pecut bisnes anda ke depan.

Selamat mencuba!

Penulisan oleh Addin Dyna

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Freelancer! Dah Buat Semua ni Belum?

Keusahawanan

March 17, 2023

Edit Video Pakai Phone je - 4 Pilihan Aplikasi

Keusahawanan

March 15, 2023

Slogan Singkat Yang Melekat - Inspirasi Usahawan!

Keusahawanan

March 13, 2023

Small Business? Ini 5 Cara Untuk Website Awesome!

Keusahawanan

March 9, 2023

Skip to content