Dah makan kat kedai mamak, nak pergi bayar, tapi purse tertinggal kat pejabat. Macam mana nak bayar? Kalau empat tahun dulu, keadaan ni mungkin mengundang anxiety. Tapi sekarang cashier kedai mamak akan kata macam ni,
“QR Pay ada, Touch ‘n Go ada, GrabPay ada, semua ada. Pakai phone saja!”
Tabiat pembayaran cashless (nir tunai) ini meningkat sejak pandemik di seluruh dunia dan Malaysia pun tak tertinggal. Kebaikan pembayaran tanpa tunai kepada peniaga antaranya adalah pengurangan overhead, lebih selamat (risiko kecurian), dan mudah untuk pelarasan bayaran terus ke akaun perniagaan.
Ini 5 medium bayaran cashless yang boleh anda ambil kira sebagai SME (Small & Medium Enterprise) untuk gunakan di kedai fizikal dan online.
1. Terminal Point of Sale (POS)
Kalau bayar dengan terminal POS, pengguna hanya perlu sentuh kad debit/kredit atau masukkan kod pin je di terminal. Mudah, pantas dan selamat. Dah alang-alang pakai sistem POS, boleh juga pilih sistem POS CLOUD yang membolehkan anda semak data jualan di mana-mana saja anda berada.
2. DuitNow QR
Satu inovasi Bank Negara untuk mudahkan urusan pembayaran pelanggan. Hanya guna satu QR code saja bagi setiap peniaga. Hampir semua bank popular di Malaysia terlibat dan juga sesetengah e-Wallet. Jika anda ingin daftar DuitNow QR untuk perniagaan, anda boleh rujuk senarai di bawah. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web DuitNow QR.
3. e-Wallet
Orang Malaysia mula guna e-Wallet dengan kerap semasa pandemik sebab ia lebih selamat bila nak buat bayaran tanpa sentuh. Lama-kelamaan dah diadaptasi dalam kehidupan harian sebab mudah nak guna. Tak cukup duit, tambah saja dalam aplikasi dan tak perlu pergi bank. Peniaga boleh manfaatkan behavior ni dengan menambah cara pembayaran secara e-Wallet di kedai fizikal. Data tersimpan pula encyrpted, jadi informasi sulit pelanggan terjaga. Contoh aplikasi e-Wallet seperti di bawah:
4. MyDebit Tap on Phone
Inisiatif terbaru untuk bantu peniaga SME merendahkan lagi kos. Peniaga boleh gunakan peranti Android yang lengkap dengan teknologi NFC (Near-Field Communication). NFC ini yang akan menerima dan memproses bayaran kad debit. Jadi peniaga tidak perlu lagi membeli terminal POS yang berharga ratusan ringgit yang ada kos penyelenggaraan bulanan. Caj telefon pun tak dikenakan.
5. Gerbang Pembayaran (Payment Gateway)
Ini pula cara pembayaran yang popular untuk peniaga e-dagang. Payment gateway ini akan jadi orang tengah untuk terima duit daripada akaun pelanggan sebelum masuk ke akaun perniagaan anda. Walaupun proses ini ada sedikit caj, ia lebih cost-effective kerana ada rekod transaksi yang lebih tersusun dan mudah dirujuk. Contoh payment gateway seperti di bawah:
DAH TIBA MASA UNTUK UPGRADE
Cuba semak semula sekarang anda ada berapa medium bayaran untuk perniagaan. Kalau ada pelanggan pernah minta sesetengah medium bayaran yang belum ada, sekarang lah waktunya untuk diusahakan. Mungkin banyak lagi perniagaan akan ambil masa untuk biasakan diri dengan ekosistem cashless atau nir tunai ni.
KEDEPANKAN PERNIAGAAN ANDA
Lebih-lebih lagi program seperti Go-eCommerce oleh MDEC dan 29 pemain industri, ianya akan bantu lagi lancarkan perkembangan ekosistem ni. Bolehlah perusahaan kecil & sederhana (SME) macam anda fokus berikan servis yang lebih berkualiti dan pantas. Medium ini juga dapat kurangkan kos overhead, dan sebarang human errors. Ini dimungkinkan dengan kestabilan capaian Internet melalui infrastruktur yang disediakan oleh Kerajaan untuk memudahkan pelaksanaan ekonomi digital buat para peniaga.
Semoga berjaya!