Yoga Online Efektif Ke? Anda Decide Dengan 5 Faktor Ini

January 5, 2023

Sukan

“Uish, badan aku senang sakit sana sini. Rasanya sebab dah kurang fleksibel lah bila lama tak exercise. Sedih juga fikir kalau dah tua nanti nak bergerak pun orang kena tolong.” bebel Zana sambil baring di sofa ruang tamu. 

Gambar menunjukkan seorang wanita melakukan yoga

Ada kajian yang mengatakan fleksibiliti dan mobiliti badan ni penting untuk kurangkan kecederaan. Lagi-lagi bila makin berumur. Selain kurangkan kecederaan dan rasa sakit, ia juga boleh buat postur badan jadi lebih baik. Dan cara paling mudah nak latih kelenturan dan mobiliti badan anda? Semestinya dengan Yoga.

Yang best, senaman ini boleh dibuat secara fizikal atau online tau. Tak ada masa atau jadual harian penuh? Masuk kelas online kan lebih praktikal. Tapi macam mana nak tahu kalau buat yoga online ni efektif? Jom bandingkan manfaat dan kekurangannya sebelum anda buat keputusan.

APA YANG BEST?

#1 JIMAT KOS

Kan dah jimat duit kalau tak perlu ulang-alik ke pusat latihan. Buat je dekat rumah atau pejabat. Tinggal kena ada sambungan Internet dan peranti pintar macam komputer riba, handphone dan tab je. Buka Youtube, tekan play dan mula! Simple je.

Ilustrasi menunjukkan penjimatan wang

#2 BANYAK PILIHAN

Bila buat online yoga ni, boleh pilih banyak jenis yoga dan jurulatih tau. Masa pun fleksibel, sesuai untuk anda yang jadual hariannya tak menentu. Macam kelas maya di Go-Fit Malaysia, ClassPass ataupun yang percuma kat Youtube. Tinggal buat kajian sikit kat Google untuk tahu tahap yoga yang sesuai, lepas itu pilih video yang dikehendaki dalam Youtube. 

Gambar menunjukkan jadual senaman bagi kelas maya di Go-Fit Malaysia.

#3 PRIVASI

Sesuai sangat lah online yoga ni untuk beginners. Biasa la, mula-mula mesti malu nak belajar. Lagi-lagi dengan kumpulan yang besar. Jadi dengan kelas maya ini, nak biasakan diri dengan teknik baru pun tak malu. Ambil contoh kelas maya di Go-Fit Malaysia tadi, buat yoga ni dalam kumpulan kecil. Kalau buat kat rumah pun kita je yang tersipu-sipu sendiri, itu yang best bila ada privasi. Bila ada teknik yang tak berapa pasti, praktis banyak kali di rumah sampai mahir.

Gambar menunjukkan 2 wanita bersenam di ruang Go-Zone oleh Go-Fit Malaysia.

TAPI…APA YANG KURANG?

A) ISU KOMITMEN

Nak buat yoga online ni biasalah, tak macam pergi studio. Buat online kena berdisiplin sendiri, kena tetapkan masa dan tempat khas untuk rasa komited nak konsisten. Tak mengapa, cuba praktikkan buat yoga awal minggu daripada anda tunggu nak sampai hujung minggu.

B) PANTAUAN KUALITI

Alamak, kadang-kadang boleh rasa ragu juga kan bila buat online yoga. Tak pasti dengan gerakan yang anda buat itu akan berkesan atau sebaliknya. Jurulatih online pun kadang tak kenal dan setakat tunjuk cara macam kat Youtube tu. Nak berkomunikasi dua hala payah. Alternatifnya cuba semak jadual program Fit Malaysia di Institut Sukan Negara. Dapat jurulatih bertauliah dengan maklum balas terus tau. Yuran pun serendah RM15 je!

Gambar menunjukkan yoga coach sedang membetulkan gerakan senaman yoga anak muridnya

C) MASALAH KESIHATAN

Untuk anda yang ada masalah kesihatan macam arthritis, jantung, paru-paru atau tekanan darah tinggi kena berjaga-jaga. Jangan pandai-pandai buat yoga online sendiri. WAJIB ada pantauan daripada jurulatih secara berdepan. Pentingkan kesihatan dan keselamatan. Nanti objektifnya nak sihat, tapi jadi makin sakit pula.

YOGA ONLINE ATAU FIZIKAL?

Gambar menunjukkan ibu dan anak sedang bersenam yoga melalui kelas maya menggunakan laptop

Okay, anda dah baca 3 kelebihan dan 3 kekurangan bila buat online yoga ini. Jadi anda rasa macam mana, nak buat Yoga online atau fizikal? Pilihlah ikut kesesuaian dan keperluan semasa anda ya. Bersukan patutnya buatkan anda gembira, bukannya makin memeningkan kepala.

Yang penting, senaman apa pun boleh dibuat kat tempat yang selamat dan mudah diakses. Lebih lagi ada ketersambungan Internet yang stabil macam kat rumah anda.

Jadinya, selamat bersenam!

Penulisan oleh Addin Dyna

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Video Games Malaysia pun Gempak!

Sukan

March 16, 2023

Main Game FPS Cerdaskan Minda?

Sukan

March 14, 2023

Nak Beli Phone Gaming? Ini Specs yang Kena Tahu.

Sukan

March 7, 2023

Main Game Online Guna Wi-Fi Ke Tarik Kabel??? 

Sukan

February 28, 2023

Skip to content