Tingkatkan Skil Kreatif Dari Guru Antarabangsa! Online Je

December 29, 2022

Kreatif

“Jom kita mengait! Mula-mula buat slipknot macam ni. Letakkan benang di sekeliling jari telunjuk dan buat simpulan”. 

Ilustrasi menunjukkan seorang wanita sedang mengecat teko.
Ilustrasi menunjukkan seorang wanita sedang mengecat teko

Mungkin anda pernah dengar tutorial mengait macam ini dekat Tik Tok. Inilah antara adaptasi di mana anda tak perlu ke kelas lagi. On phone je, dah boleh belajar. Dulu kalau nak ambil kelas seni, anda kena masuk kelas fizikal sebab mudah nak diajar bila berdepan.

Tapi, sejak ada Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa pandemik, ramai penggiat dan penggemar seni yang dah mula buat kelas dalam talian. Jom tahu lebih dalam, antara cabang-cabang industri kreatif yang ada dalam versi online:

1) SENI KRAFTANGAN

Anda perasan tak ramai yang mencuba seni dan kraftangan bila ada masa lapang di rumah, lagi-lagi waktu pandemik. Siap ada yang beli kanvas dan set akrilik. Bukan itu saja, ada yang memilih untuk buat barang kemas, lilin, sabun dan lain-lain lagi. Ada juga yang jatuh cinta, terus jadikan sebagai punca pendapatan.

Platform permulaan: Buat carian di Google ataupun Tik Tok mengenai minat anda dalam seni kraftangan. Kemudian cari dan belajar video asas di YouTube & TikTok.

Platform kursus: Platform seperti Udemy, Craftla, Skillshare & Domestica

Pensijilan: Coursera.

Tangkap layar kursus-kursus yang ditawarkan di Craftla

2) SENI VISUAL & GRAFIK

Bila makin ramai pelukis-pelukis tempatan dan antarabangsa yang berkongsi karya menerusi media sosial, ramai juga yang turut terinspirasi. Tak kisahlah lukisan digital ke fizikal ke, yang penting kalau lukisan tu cantik dan menarik, ramai akan tertarik. Tak lupa, ada yang buat duit tau dengan seni visual & grafik ini. Contohnya melalui platform Canva, Procreate & Sketchbook.

Platform permulaan: Carian di Google ataupun Tik Tok. Jika pembelajaran menggunakan software, anda boleh gunakan free trial untuk lihat sama ada sesuai atau tak dengan kemahiran yang anda ingin pelajari atau tingkatkan.

Platform kursus: Platform seperti udemySkillshare & Domestica.

Pensijilan: Coursera & LinkedIn Learning.

Tangkap layar kursus-kursus Procreate yang ditawarkan di Domestika

3) FILEM

Seni filem dan lakonan juga boleh anda belajar dalam talian! Siapa sangka kan? Aspek-aspek pembikinan seperti pengarahan, sinematografi dan pelbagai lagi sangat mudah untuk dipelajari kini. Feature seperti Duet di  Tik Tok dan Remix di Instagram sememangnya menggalakkan orang ramai untuk dapatkan tips lakonan secara percuma. 

Jadi, buktinya dah ramai yang jadi content creator. Ramai yang boleh pergi jauh, siap selalu dapat komen “belajar daripada mana?” dan mereka akan jawab “Internet je”. Kalau nak kembangkan kerjaya dalam bidang ni, boleh sertai MasterClass yang bertaraf antarabangsa.

Platform permulaan: Teknik asas selalunya boleh dipelajari menerusi video tutorial di YouTube & TikTok.

Platform kursus: Platform seperti UdemySkillshare & MasterClass.

Pensijilan: Salah satu pensijilan ditawarkan dalam kursus atas talian adalah dari Harvard University.

Tangkap layar kursus lakonan dalam talian ang ditawarkan di Harvard University

4) SENI MUZIK

Antara jenis seni yang popular dalam pembelajaran online adalah muzik. Bukan sekadar ilmu vokal yang banyak dikongsikan di Internet, malah ilmu dalam mempelajari alatan muzik juga ada. Video pendek yang boleh anda dapatkan di Tik Tok dan Instagram sangatlah bermanfaat. Bayangkan, sekejap je dah boleh mahir. Ada juga artis yang gunakan platform ni untuk tujuan pemasaran.

Platform permulaan: Belajar teknik asas di media sosial, praktis dan dapatkan maklum balas orang ramai.

Platform kursus: Platform seperti Udemy, Skillshare & MasterClass. Ataupun boleh langgan kelas bersama guru vokal dalam talian.

Pensijilan:  Salah satu pensijilan ditawarkan dalam kursus atas talian adalah dari Berklee University.

Tangkap layar kursus nyanyian yang ditawarkan di MasterClass

YE KE, SIAPA JE YANG DAH BERJAYA?

Ada je, contohnya Tik Tokker yang belajar dalam talian dan memberikan tutorial Crochet seperti Cik Ya melalui akaunnya @cikyacrochet, Hilmi Jailani mengajar ilmu Canva menerusi @hilmi_jailani dan Khai (@khai.izham) dengan video lukisan seni binanya. Tak lupa juga akaun Yana Azlee (@shiltoklady) yang penuh drama di mana Tik Tokker tersebut belajar dengan Tik Tokker popular @elianaghen. 

DENGAN KETERSAMBUNGAN JALUR LEBAR, SENI JUGA BOLEH BERINOVASI

Dengan kepelbagaian jenis kelas seni yang ada dalam talian, potensi seni untuk dinikmati dan diinovasi oleh orang ramai adalah lebih meluas. Ini dimungkinkan dengan ketersambungan jalur lebar yang telah pun disediakan Kerajaan. Masyarakat luar bandar turut tak terkecuali dari menikmati peluang belajar dalam talian dengan kestabilan capaian Internet yang turut tersedia untuk mereka.

Jadi marilah kita manfaatkan platform yang ada, selamat mencuba!

Penulisan oleh Qareena Ramlee

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Jalan Pintas untuk Kerja Pantas

Kreatif

March 16, 2023

Beza Popular Dulu Dan Popular Sekarang

Kreatif

March 14, 2023

Berkongsi Bakat, Belajar Minat Dengan Komuniti Fotografi

Kreatif

March 13, 2023

Si Cilik Sebagai Target Audience Anda

Kreatif

March 9, 2023

Skip to content