“Weh Amrin bila je kau sempat buat presentation gempak macam ni? Kita kan busy buat kerja lain” Tanya si Amirul.
Anda penulis? Komposer muzik? Videographer? Marketer? Pemilik bisnes? Student? Jom belajar guna jalan pintas menggunakan Artificial Intelligence (AI). Nak tahu lebih lanjut mengenai AI, boleh baca di SINI. Kalau anda tak tahu semua hacks ni, rugi juga sebab perkara yang bakal disenaraikan di bawah ini bakal membantu anda semua dalam menjimatkan waktu kerja.
9 JALAN PINTAS UNTUK KERJA ANDA
#1 Penulis boleh gunakan ini
- Kalau anda merupakan copywriter,marketer, penulis blog atau apa-apa berkaitan penulisan. Bukan sahaja boleh bantu anda dalam mengolah kandungan yang anda ada. Anda bayangkan, ada pelbagai kandungan yang boleh anda gunakan hanya dengan menaip kata kunci yang anda cari. Pelbagai templat yang sudah tersedia untuk anda.
- Bukan itu sahaja, ada ciri, gaya dan tona penulisan. Contohnya Professional, Relaks dan Luxury.
- Pelbagai jenis penulisan dan formatting yang ada. Kalau anda nak boldkan perkataan atau italics kan pun boleh. Lengkap bukan?
- Kalau anda rasa ada idea yang sama seperti penulis lain, tapi rasa nak edit ikut citarasa anda. Boleh guna alat paraphrase. Mesej masih sama, cuma cara penyampaiannya berbeza.
- Boleh pendekkan segala penulisan yang panjang.
- Boleh betulkan tatabahasa anda juga. Khususnya dalam Bahasa Inggeris.
#2 Penyunting video pula gunakan ini
- Boleh buang latar belakang video. Walaupun objek sedang bergerak, anda masih boleh buangkan bahagian yang anda mahukan.
- Nak track motion yang ada? Boleh gunakan runway!
- Boleh buang noise dan tambah sarikata secara automatik
- Selain tu, anda juga boleh gunakan ciri ai dengan mencari jenis seni yang anda mahukan dengan hanya dengan taipkan kata kunci.
- Memandangkan manusia lebih cenderung untuk menghabiskan masa sebanyak 88% di website yang ada video, pemilik bisnes kena cakna dengan perisian Voice Over ini.
- Cipta video daripada skrip ataupun blog dengan menggunakan suara realistik! Jangan risau nak fikir bahasa apa yang boleh diakses, sebab ada lebih daripada 75 bahasa dan 100 dialek yang boleh dikesan.
- Cara yang begitu senang, masukkan skrip dan video anda. Pilihan suara boleh dilakukan serta style editing.
#3 Pereka Grafik! Ini untuk anda
- Midjourney ini sama fungsinya macam Dall-e. Yang membezakan hanya ia menggunakan aplikasi pihak ketiga iaitu Discord.
- Kalau Midjourney ni memerlukan anda untuk join versi Beta. Manakala Dall-e pula adalah langsung ke websitenya sendiri.
- Kalau anda ingin mencari grafik dengan bantuan ai, hanya perlu taip jenis seni dan kata kunci yang anda mahukan. Maka, akan keluar grafik, ilustrasi atau seni yang lain berkaitan.
- Anda teringin nak tukarkan grafik yang anda ada kepada tema Anime? Anime AI memang anda perlukan.
- Bukan guna gambar je, tapi kalau taipkan sahaja pun boleh jadi. Lebih jelas daripada nak guna filter yang ada di media sosial anda.
Kalau nak tahu apa lagi aplikasi untuk melukis, baca artikel – Serlahkan Bakat Melukis Dengan Teknologi
#4 Mudahkan pelajar buat rujukan dan pembentangan
- Sedang hangat diperkatakan, tak lain tak bukan Chatgpt. Kalau pelajar atau penulis kenal teknologi AI ni, maka makin mudah nak mulakan kerja. Nak cari kandungan senang, nak buat ayat pun boleh dapat rujukan. Yang penting kena tahu prompt yang tepat.
- Kalau anda ada pertanyaan juga, boleh ajukan. Malah setiap jawapan yang diberikan boleh dijadikan kandungan terutamanya untuk para marketer. Jadi tak adalah buntu idea lagi.
- Untuk panduan buat assignment boleh, copywriting pun boleh.
- Buat presentation yang mudah dan menarik. Anda cuma perlu salin semula pembentangan anda di laman web ini dan ia akan menjana satu pembentangan yang kemas dan cantik. Siap dianimasikan lagi.
- Bukan itu sahaja, jika anda nak pilih templat yang siap sedia pun dah cantik.
#5 Pemuzik
- Boleh buat dan cipta lagu sendiri! Dah tak ada masalah perlukan copyright ataupun label rekod.
- Anda boleh pilih pelan mengikut kemahuan anda dan lagu anda kini boleh disiarkan di mana-mana platform.
GUNA DENGAN BERHEMAH
Aplikasi dan perisian yang wujud ini memang memudahkan kerja dan memungkinkan output diberikan dengan pantas. Sesuai dengan keperluan semasa yang inginkan kerja yang berkualiti dan cepat. Tapi gunakanlah aplikasi AI penulisan ini dengan berhemah okay. Kalau pelajar, gunakan jika buntu untuk dapatkan idea dan inspirasi. Bukan untuk plagiat tapi untuk kickstart ya! Untuk para professional, ia merupakan revolusi yang memberikan perspektif yang berbeza dalam mencari rujukan. Tak lah stuck dalam mindset yang sama je kan. Jadi gunakanlah sebaik mungkin.
DENGAN AI SEMUA PUN BOLEH!
Internet bukan saja memudahkan pencarian maklumat dan menjadi platform pekerjaan. Tapi, dengan bantuan AI, Internet seperti mendapat upgrade yang baru. Dah macam ada pembantu digital yang boleh memungkinkan idea yang ada dalam diri kita pergi lebih jauh.
Dan tanpa Internet, perisian AI yang canggih ini tak mungkin dapat diakses orang awam. Sekarang memang mudah dengan ketersambungan jalur lebar yang stabil, semua orang dapat guna.
Selamat mencuba dan selamat berkarya!