Tengok Konsert Dalam Bilik Dekat Rumah?? 

February 10, 2023

Kreatif

“Angah, apekehe si Along tu terkinja-kinja dalam bilik sorang-sorang tu..Eh Ngah apa benda dia pakai kat mata tuuu, pening Ibu!!”

“Tu VR Headset Ibu, dia tengah tengok konsert la tuu..”

Ilustrasi menunjukkan sekumpulan orang yang menggunakan VR (Virtual Reality) Headset

Antara sektor yang paling terkesan dengan pandemik Covid-19 adalah sektor seni dan hiburan. Terutamanya bidang yang memerlukan perjumpaan secara fizikal seperti konsert dan persembahan. Malah di Malaysia sendiri, seniman-seniman dan pemuzik berdepan kesukaran mencari rezeki ketika pandemik dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Dengan keterbatasan yang ada, maka muncul lah solusi yang kreatif iaitu konsert virtual atau maya! Konsert virtual/maya memang dah wujud sebenarnya. Apa yang mulanya adalah pengganti untuk acara langsung dan usaha untuk mengekalkan industri muzik secara langsung semasa wabak, kini boleh dikatakan menjadi norma baharu. Konsert maya bukan sahaja memberi manfaat kepada pemuzik, penerbit dan tempat dari segi kewangan, pada masa yang sama turut memberikan hiburan kepada yang memerlukan.

Gambar menunjukkan tangan seseorang sedang menonton konsert secara maya melaui telefon pintar. Kredit imej daripada Eventx.

Selain itu, konsert maya sudah mengalami inovasi. Kemajuan berterusan dalam teknologi bermakna artis boleh lebih kreatif dan menawarkan pengalaman muzik langsung yang berbeza. Seperti mana ‘music connects people’, perhubungan ini direalisasikan oleh ketersambungan jalur lebar. 

PENGALAMAN KONSERT DI RUANG SENDIRI

Konsert Maya –  konsert secara maya yang boleh diakses dimana-mana sahaja melalui peranti. Konsert maya membolehkan penonton di seluruh dunia menghadiri acara secara maya melalui skrin komputer mereka. Ini membolehkan orang yang mungkin tidak dapat menghadiri acara secara langsung atau tidak mampu membeli tiket, berpeluang menikmati acara ini.  

Kelebihan Konsert Maya

  1. Penonton

Saiz, jumlah dan kepelbagaian penonton. Dari pelbagai negara juga dan secara teori, penonton tanpa limit berbanding konsert fizikal. 

Gambar menunjukkan penonton maya yang menonton persembahan daripada Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Kredit The Sun Daily.
  1. Tingkatkan hasil pendapatan 

Jumlah penonton yang lebih besar akan menambahkan jualan tiket. Juga dengan menggunakan ‘pay-per-view’, jika konsert diletakkan di website, boleh diakses untuk jangka masa yang lama.

  1. Promosi

Promosi juga lebih menguntungkan apabila dilakukan dalam talian. Bukan itu sahaja, promosi-promosi sebelum ini boleh diguna untuk promosi yang terkini. 

  1. Engagement

Tidak seperti persembahan fizikal, konsert fizikal membolehkan penonton anda terlibat dengan persembahan anda secara langsung  dengan meninggalkan komen atau reaksi mereka.  Bentuk hubungan digital ini lebih dekat dengan peminat sedia dan anda boleh melihat komen dan reaksi mereka sekaligus respons kepada komen tersebut. 

  1. Akses mudah

Konsert maya tidak pernah semudah atau lebih mudah untuk dilakukan. Anda tidak memerlukan belanjawan yang besar atau peralatan rakaman yang mewah. Penonton juga selesa menonton di hujung jari di rumah mereka. 

Gambar menunjukkan butiran untuk konsert livestreaming. Kredit imej daripada ticket2u.

Gabungan Teknologi Dalam Konsert Maya

Inovasi teknologi konsert maya  seperti penggunaan teknologi VR dalam menjadikan pengalaman konsert maya yang “immersive”. Contohnya seperti konsert Ariana Grande berkolaborasi dengan permainan Fortnite. Juga konsert Post Malone dan Pokemon. Kedua-duanya menggunakan teknologi VR – virtual reality dan AR – augmented reality

Poster-poster menunjukkan konsert Ariana Grande x Fortnite anda Post Malone x Pokemon. Kredit imej daripada geekvsfan. 

Di Malaysia juga sudah ada pemuzik dan penyanyi yang telah mencuba teknologi konsert maya seperti Siti Nordiana serta TAPAUfest yang menggabungkan 3 negara. 

PENGALAMAN KONSERT DI RUANG PERIBADI

Konsert MAYA “is here to stay” bak pepatah Inggeris. Teknologi yang semakin berkembang dengan ketersambungan jalur lebar yang semakin dipertingkatkan menjadikan pengalaman konsert maya dapat dirasakan dengan lebih puas.

Kini semuanya dapat dinikmati di hujung jari dalam keselesaan rumah anda. Seperti mana music menyatukan peminat tanpa mengira latarbelakang dan kaum, teknologi konsert maya ini juga turut sama menjadikan penonton lebih harmoni. 

Penulisan oleh Arshad Adam

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Jalan Pintas untuk Kerja Pantas

Kreatif

March 16, 2023

Beza Popular Dulu Dan Popular Sekarang

Kreatif

March 14, 2023

Berkongsi Bakat, Belajar Minat Dengan Komuniti Fotografi

Kreatif

March 13, 2023

Si Cilik Sebagai Target Audience Anda

Kreatif

March 9, 2023

Skip to content