Tak Ada Bakat Nak Lukis? AI Kan Ada

February 3, 2023

Kreatif

“Aik sejak bila kau pandai melukis ni? cantik -cantik pulak tu karya kau” 

“Haaa tu lah kau, gunalah teknologi, settle semua” 

“Teknologi apa untuk tiba-tiba jadi power melukis ni?”

Teknologi makin maju yang memudahkan kehidupan seharian. Apatah lagi dengan kehadiran AI atau kecerdasan buatan, sesuatu kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah. 

Begitu juga dengan berkarya seperti melukis. Kalau dulu kena muat turun dan belajar perisian seperti Photoshop, Illustrator dan sebagainya. Tapi dengan kehadiran AI Image Generator, anda hanya perlu taip situasi atau subjek dan AI akan menyiapkan selebihnya.

Ilustrasi menunjukkan robot AI yang sedang melukis

Hanya dengan satu klik, kini semua orang boleh berkarya. 

MELUKIS DENGAN BANTUAN AI

Apa itu AI Image generator? 

Satu program komputer yang mencipta imej dari awal menggunakan algoritma kecerdasan buatan dan menghasilkan imej daripada pangkalan data tersedia. 

Bagaimana ia berfungsi?

AI Image Generator menggunakan pangkalan data imej untuk mempelajari cara menjana imej baharu. Secara mudahnya, sebaik sahaja anda menaip teks, program akan melakukan proses, dan berdasarkan imej dalam pangkalan data, ia mencipta imej baharu. 

5 kelebihan menggunakan AI Image generators 

1. Menghasilkan seni berkualiti tinggi dan imej realistik dengan lebih pantas daripada manusia.

Ilustrasi contoh daripada AI image generators menujukkan keadaan pada masa hadapan

2. Boleh membantu artis mengembangkan idea untuk karya baharu yang perlu mereka lakukan. Sebagai contoh, artis konsep boleh mencipta banyak idea untuk permainan video dalam masa kurang daripada satu jam.

3. Semua orang boleh mencipta imej dan karya seni tanpa perlu mengetahui kemahiran lukisan teknikal.

4. Boleh menjana imej yang banyak dengan cepat dan mudah, menjadikannya ideal untuk aplikasi pemasaran.

Ilustrasi menunjukkan pelbagai imej yang dijana menggunakan AI Image Generators

5. Seorang pereka atau artis akan lebih menumpukan kepada konsep dan imaginasi sesuatu imej berbanding aspek teknikalnya.

3 Aplikasi AI Image Generators Yang Anda Boleh cuba

1. DALL.E mini

Gambar menunjukkan logo Dall.E mini

DALL·E mini boleh mencipta imej dan seni yang realistik daripada penerangan teks. Ia boleh menggabungkan konsep, sifat-sifat dan gaya. Ia juga boleh menukar saiz imej daripada yang asal. Selain itu, ia juga boleh mencipta pelbagai imej baru daripada imej yang asal. 

2. Starryai 

Gambar menunjukkan logo starryai

Starryai ialah aplikasi penjana seni AI. Anda hanya memasukkan kata kunci teks dan AI akan mengubah kata kunci menjadi karya seni. Penjanaan Seni AI biasanya merupakan proses yang sukar yang memerlukan kepakaran teknikal, tetapi Starryai menjadikan proses tersebut mudah dan intuitif. Ia juga percuma dan boleh dimuat turun daripada Google Play dan AppStore

3. Canva – Text to Image

Gambar menunjukkan logo Canva – Text to Image

Tukar imaginasi anda menjadi kenyataan dengan Canva – Text To Image. Perisian ini bukan sahaja membolehkan komuniti kreatif mencipta kandungan visual lebih pantas berbanding sebelum ini, tetapi bakal membantu anda saat mengalami “creative block”. Dengan idea reka bentuk yang bebas untuk anda berkarya – anda hanya perlu taipkan perkataan dan perisian ini akan menghasilkan visual yang anda inginkan. Dah lah boleh dikatakan sekarang, semua orang pernah menggunakan Canva. Jadi dengan Canva Text-to-Image ini, daripada designer, anda juga boleh jadi artis visual pula! 

KINI SEMUA BOLEH MELUKIS DENGAN AI

Teknologi AI di atas masih baru tetapi sudah diterimapakai oleh majoriti pengguna. Melangkah ke depan, teknologi ini akan berkembang dengan lebih pesat. 

Teknologi ini juga bakal diintegrasi ke dalam media sosial dan banyak lagi. Sebagaimana kita harus melangkah seiring dengan teknologi, kita juga harus peka dengan risiko teknologi yang dicipta. 

Hanya dengan menaip subjek, anda akan dihidangkan dengan lukisan atau karya yang dijana AI. Mudah bukan? Semuanya dimungkinkan dengan ketersambungan jalur lebar. 

Penulisan oleh Arshad Adam

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Jalan Pintas untuk Kerja Pantas

Kreatif

March 16, 2023

Beza Popular Dulu Dan Popular Sekarang

Kreatif

March 14, 2023

Berkongsi Bakat, Belajar Minat Dengan Komuniti Fotografi

Kreatif

March 13, 2023

Si Cilik Sebagai Target Audience Anda

Kreatif

March 9, 2023

Skip to content