Selamatkah Public Wi-Fi?

February 10, 2023

Teknologi

“Jom pergi kafe siapkan kerja, sana Wi-Fi percuma”. “Aku buat kerja dekat kedai kopi tau, guna Wi-Fi”. 

Illustrasi menunjukkan simbol “free Wi-Fi” 

Tak dinafikan kemudahan ketersambungan Wi-Fi awam di tempat-tempat awam sering menjadi kegunaan ramai. Ye lah benda percuma, gunakanlah dengan sebaik mungkin.  Tambahan lagi, hampir semua kedai-kedai dan restoren mempunyai sambungan Wi-Fi mereka tersendiri yang dapat digunakan oleh pelanggan. 

Tapi tahukah anda risiko menggunakan Wi-Fi awam?  Terdapat risiko-risiko yang anda perlu ketahui semasa menggunakan Wi-Fi awam. Jadi bagaimana cara untuk menggunakan Wi-Fi awam ini dengan selamat? 

Ilustrasi menunjukkan simbol ‘warning’ 

RISIKO MENGGUNAKAN WIFI AWAM? 

  • Kebanyakan Wi-Fi kawasan khas ‘hotspot’ tidak melindungi data yang dihantar melaluinya. Jadi data anda terdedah kepada hackers dan mereka boleh memintas dan mencuri data anda. 
  • Anda juga boleh tertipu sekiranya anda tersilap memasuki rangkaian Wi-Fi palsu yang mempamerkan nama yang hampir serupa dengan rangkaian yang sebenar. Hackers boleh memalsukan rangkaian network dengan pantas. Apabila anda tersilap menggunakan rangkaian yang palsu, hackers akan dapat akses kepada data dan maklumat anda. 
  • Penggodam boleh menggunakan maklumat seperti alamat e-mel dan kata laluan yang anda masukkan untuk mengakses akaun tanpa pengetahuan anda. Penggunaan kata laluan sama untuk semua aktiviti peribadi turut memudahkan mereka menggodam maklumat anda dengan mudah.

Risiko terdedah kepada hackers apabila menggunakan Wi-Fi awam adalah sangat besar. Tetapi anda boleh mengelak daripada menjadi mangsa dengan cara-cara ini : 

PENGGUNAAN WIFI AWAM DENGAN SELAMAT 

Ilustrasi menunjukkan pengunaan Wi-Fi awam dengan selamat

#1 Gunakan Rangkaian Persendirian Maya (VPN)

Gunakan VPN apabila melayari Internet menerusi Wi-Fi awam bagi memastikan maklumat anda selamat disimpan ketika log masuk ke rangkaian awam. VPN juga berfungsi sebagai medium tengah yang membantu melindungi data anda daripada digodam. Terdapat beberapa VPN yang anda boleh cuba seperti Surfshark, Nord VPN dan banyak lagi. Klik SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kebaikan dan keburukan VPN. 

Ilustrasi menunjukkan seorang wanita yang menggunakan VPN

#2 Gunakan Protokol Perpindahan Hiperteks Selamat (HTTPS)

Sekiranya anda tidak mempunyai akses ke VPN, anda boleh menggunakan Protokol Perpindahan Hiperteks Selamat yang juga dikenali sebagai Hypertext Transfer Protocol Secure (HTTPS) ketika melayari Internet. Ia merupakan laman web yang telah dienkripsi bagi membantu melindungi data anda daripada beberapa ancaman yang tidak terduga. Pastikan terdapat ‘HTTPS’ di awal alamat laman web yang anda layari untuk menikmati perkhidmatan selamat.

Ilustrasi menunjukkan https yang selamat

#3 Elakkan menggunakan Wi-Fi awam untuk melakukan tranksaksi kewangan 

PENTING. Hadkan pengunaan Internet tersebut untuk aktiviti alam maya yang memerlukan info peribadi dan juga maklumat akses perbankan anda. Anda juga boleh mematikan tetapan “fail sharing” di peranti anda apabila mengakses laman web menggunakan Wi-Fi awam. 

Ilustrasi menunjukkan transaksi kewangan dalam talian

#4 Gunakan Perisian Antivirus 

Perisian antivirus dapat membantu melindungi anda ketika menggunakan Wi-Fi awam dengan mengesan perisian berisiko seperti virus, cacing komputer (worm), perisian intip (spyware), adware dan lain-lain yang mungkin menyerang peranti anda melalui rangkaian awam. 

Ilustrasi menunjukkan komputer yang dipasang dengan perisian antivirus

LAYARI Wi-Fi AWAM DENGAN SELAMAT

Menggunakan Wi-Fi awam memang memudahkan kerana ianya percuma. Tetapi pastikan ia benar-benar selamat untuk mengelakkan sebarang kecurian data yang berlaku. Jadilah pengguna bijak dengan selalu berwaspada tentang risiko  penggunaan Wi-Fi awam. 

Cuba tip-tip di atas untuk mengurangkan risiko  yang mungkin berlaku tanpa sedar. Hackers pula sekarang semakin licik dan bijak jadi anda perlu sentiasa berwaspada. Inilah sebab kenapa pentingnya untuk kita memperkasakan literasi digital agar semua risiko alam maya dapat dikurangkan. 

Penulisan oleh Arshad Adam

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Besar Kecil Besar Kecil. Website Apa Ni?

Teknologi

March 16, 2023

Dulu Tak Mampu, Sekarang Mampu Milik - Internet

Teknologi

March 15, 2023

FREE Online Tools Untuk Tolong Cikgu!

Teknologi

March 10, 2023

5 Telefon Legend Yang Semua Pernah Guna

Teknologi

March 10, 2023

Skip to content