AFF Suzuki Cup Final 2023,
Thomas Cup 2018,
Olimpik Rio 2016 dalam badminton & basikal trek.
Kesemua sukan di atas mempunyai satu persamaan. Ia menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, kaum dan agama. Siapa boleh lupa kayuhan mengagumkan The Pocket Rocket Man di Olimpik Rio 2016. Juga, kecekalan Dato’ Lee Chong Wei dalam usaha mendapatkan pingat emas pertama di Olimpik Rio 2016.
Sukan memang menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa sejak dari dulu lagi. Momen-momen bersorak dan menyanyikan lagu negaraku tidak asing lagi dalam memori-memori rakyat Malaysia.
Kini, dengan kemunculan e-sukan, perkara ini juga menjadi tren yang sama. Kehebatan pasukan-pasukan Malaysia yang bertanding dalam kejohanan antarabangsa semakin menarik minat para penggemar e-sukan.
Ini secara tak langsung memupuk semangat patriotik dalam rakyat Malaysia.
MOBILE GAMES 101 DAN BAGAIMANA GAMES INI ‘TAKE OVER’ MALAYSIA.
Mobile games bermaksud permainan yang direka khas untuk peranti-peranti mudah alih seperti telefon, poket konsol, tablet, dan peranti yang bersesuaian. Bermula dengan Snake Games di telefon Nokia dan semakin berinovasi dengan teknologi AR dan 3D seperti Mobile Legends, PUBG Mobile, Fortnight, Pokemon Go dan lain-lain.
Telefon pintar hari ini mempunyai pelbagai ciri sambungan, termasuk inframerah, Bluetooth, Wi-Fi dan 3G-5G. Teknologi ini memudahkan permainan multiplayer (2 pemain dan lebih).
Kemunculan liga-liga e-sukan bertaraf negara dan antarabangsa serta penglibatan pasukan-pasukan yang mewakili negara di peringkat antarabangsa menjadikan Mobile Games semakin berkembang pesat.
FENOMENA MOBILE GAMES YANG MEMUPUK PERPADUAN
Pokemon Go yang pertama kali diperkenalkan. Hampir penuh setiap taman dan lokasi tertentu di sekitar negara pemain sedang menangkap Pokemon masing-masing. Di media sosial juga komuniti berinteraksi tanpa mengira kaum dan peringkat umur untuk berkongsi maklumat dan info tentang Pokemon dan lain-lain. Taman KLCC merupakan lokasi yang menjadi tumpuan para pemain untuk menangkap Pokemon dan berlawan dengan pemain lain.
Kemenangan pingat emas pasukan wanita Dota Malaysia di CEC (Kejohanan E-Sukan Komanwel). Pasukan ini juga sedang membawa nama Malaysia dalam kejohanan Global Esports Game 2022 di Istanbul.
Esports dan Jutawan, Dota 2 diiktiraf sebagai esports yang paling lumayan. Jumlah hadiah wang yang ditawarkan bagi Kejohanan Perdana Dota 2 lebih USD25.4 juta (RM103.9 juta) iaitu hampir menyamai hadiah wang pada 2017 sebanyak USD1 juta (RM4.1 juta). Nama seperti Yap “xNova” Jian Wei dari Malaysia yang mencipta nama dan bergelar jutawan dalam dunia permainan atas talian untuk Dota 2 dengan wang terkumpul sebanyak RM4,553,405.
Kemunculan streamer-streamer dan platform yang menyediakan perkhidmatan streaming kepada pemain seperti Facebook Gaming dan Tik Tok. Soloz pernah memecahkan rekod Malaysia’s Book of Record sebagai streamer terbanyak dengan 100 ribu tontonan secara langsung pada Julai 2020. Dia juga diiktiraf sebagai “Most-Watched Creator Malaysia” oleh Facebook Gaming.
BERKONGSI MINAT DAN MEMUPUK PERPADUAN KAUM
Perkembangan minat dan kesedaran tentang esports di Malaysia secara tak langsung menjadi ejen perpaduan. Sebagai contoh, kepelbagaian ahli pasukan yang dianggotai oleh pelbagai kaum yang bernaung di bawah satu bendera dan negara – Malaysia. Sentimen toksik juga dapat dihindari dengan semangat pasukan yang tinggi di antara pemain-pemain.
Akses mudah kepada banyak kejohanan yang boleh ditonton secara livestreaming dan penganjuran live party juga membawa kepada keramaian yang dihadiri pelbagai lapisan masyarakat.
Komuniti dalam talian yang wujud seperti komuniti Nintendo Switch di Facebook juga menjadi platform interaksi dan perkongsian maklumat merentas kaum dan agama. Pelbagai perkongsian maklumat dan interaksi antara ahli komuniti.
Begitu juga dengan sokongan daripada kerajaan dan NGO yang menggunakan pemain-pemain ini sebagai ikon dan duta.
CAKNA DENGAN INDUSTRI E-SUKAN
Dengan ketersediaan sambungan jalur lebar dan penggunaan meluas teknologi 5G, e-sukan terutama mobile gaming menjadi ejen perpaduan kaum tanpa sedar. Komuniti yang sudah berubah menjadi satu industri ini memupuk semangat perpaduan antara pemain dan penonton.
Perkembangan ini juga mengubah tanggapan masyarakat terhadap permainan dalam talian yang mula mendapat tempat dikalangan anak muda. Jadi anak-anak muda yang ingin menceburkan diri dalam bidang e-sukan, sekarang lah masanya.
Raikan perpaduan dengan berkongsi minat, dimungkinkan dengan ketersambungan jalur lebar yang semakin baik!