Nak Guna Discord Masa Online Gaming? Ini Caranya!

December 27, 2022

Sukan

Apa tu Discord?

Untuk anda yang belum tahu, ia adalah sebuah platform yang boleh menggunakan panggilan suara, video conference dan instant messaging dengan pelbagai ciri mesra gaming dan komunikasi. Yang pastinya, inilah platform pilihan utama online gamer untuk berkomunikasi dengan komuniti mereka.

Tengah main game pun boleh mesej dan berbual suara! Siap dengan mod skrin penuh lagi. Ciri khas yang digemari gamers ni dipanggil Discord Ingame Overlay. Untuk anda yang nak cuba guna ciri-ciri ni, semak panduan menggunakan Discord Ingame Overlay di bawah.

JOM MULAKAN…

Ada dua langkah utama untuk pastikan Discord Ingame Overlay ni berfungsi dan boleh diguna. Pertama, kena aktifkan overlay dulu. Kedua, kena pilih game dalam overlay. Okay kalau dah sedia, semak gambar yang ada dan ikut saja cara di bawah!

A) AKTIFKAN OVERLAY DAHULU

#1 Pengaktifan Overlay

a) Buka aplikasi Discord di Personal Computer (PC) anda.

b) Klik ikon User Setting di bahagian bawah.

c) Scroll ke bawah dan klik menu Game Overlay di sebelah kiri.

d) Aktifkan toggle Enable in-game overlay pada pilihan ENABLE OVERLAY.

Kat sini, boleh juga set tetapan untuk saiz avatar (avatar size), paparan nama (display name) dan display user. Ada ketiga-tiga pilihan ini saja, tak mahu ubah pun tak apa.

#2 Mengatur Paparan Overlay (Pilihan):

a) Avatar Size: pilih nak paparan besar atau yang kecil.

b) Display Name: boleh pilih nama nak dipaparkan atau tidak. Pilih nak Always (selalu), Only While Speaking (hanya semasa bercakap), atau Never (tidak sama sekali).

c) Display User:  kat sini untuk pilih nak paparkan akaun pengguna atau tak. Contohnya Always, Only While Speaking atau Never.

B) MACAMANA NAK TAMBAH GAME DALAM OVERLAY?

#3 Tambah Game Dalam Overlay:

a)Dari menu Activity Setting, klik menu Registered Game di sebelah kiri.

b) Jika status ‘no game detected’, bermaksud tiada game dikesan dalam Discord. 

c) Tambahkan game dengan menekan ‘Add it’ di bawahnya.

d) Pilih game yang ada di laptop atau PC anda, dan klik pada ‘Add Game.’

e) Selepas Discord mengesan game yang ditambah, klik OVERLAY sehingga menjadi ON. Dah boleh guna untuk gaming! Senang je kan?

TAK SEMESTINYA HANYA UNTUK GAMERS

Selain daripada komuniti gaming, Discord juga popular dalam komuniti pendidik, software developer, dan peminat manga. Masing-masing berkomunikasi di sini untuk kongsi pendapat. Ia bukan hanya eksklusif untuk gamers. Feature panggilan suara dan video call melalui Direct Message (DM) pun boleh guna bersama keluarga dan rakan-rakan.

Organisasi terkenal yang dah menggunakan Discord antaranya Samsung, Gucci dan Comic-Con. Ini dikira sebahagian strategi pemasaran mereka untuk kelihatan lebih dekat dengan pelanggan. Mungkin usahawan di Malaysia juga boleh buat case-study. Lihat jika ia boleh dijadikan inovasi yang sesuai untuk perniagaan anda. 

MAKIN BERKEMBANG DENGAN KETERSAMBUNGAN INTERNET KELAJUAN TINGGI

Dengan penggunaan ciri-ciri dalam Discord, komuniti online gaming semakin berkembang. Malah pemain e-sport Malaysia juga berpotensi untuk makin berjaya dan dikenali. Semuanya dapat dicapai dengan ketersambungan internet kelajuan tinggi. Dan akan datang, teknologi kelajuan 5G yang lebih meluas di Malaysia.

Jadi, semoga tutorial yang dipaparkan bermanfaat untuk semua!

Penulisan oleh Addin Dyna

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Video Games Malaysia pun Gempak!

Sukan

March 16, 2023

Main Game FPS Cerdaskan Minda?

Sukan

March 14, 2023

Nak Beli Phone Gaming? Ini Specs yang Kena Tahu.

Sukan

March 7, 2023

Main Game Online Guna Wi-Fi Ke Tarik Kabel??? 

Sukan

February 28, 2023

Skip to content