Macam Mana Nak Jadi Pemain Profesional Esports?

January 13, 2023

Sukan

“Mak, Boboy nak jadi pro-gamer lah, boleh tak?”.

Kalau soalan ini ditanya 10 tahun yang lepas di Malaysia, pasti ramai ibu bapa yang masih skeptikal dengan masa depan pemain sukan elektronik.

“Boleh buat duit ke main game? Bukan budak-budak je ke yang main video game ni?” 

Tapi sekarang, dengan ganjaran mencecah jutaan ringgit di kejohanan antarabangsa, Esport dah berdiri setaraf dengan sukan-sukan yang lain! Apatah lagi dengan kestabilan Internet yang tersedia di Malaysia. Jadi kalau anda nak jadi pemain profesional esport, ini sedikit sebanyak yang perlu anda tahu.

APA ITU ESPORT?

Gambar menunjukkan pemain esport sedang bertempur di sebuah tournament

Esport merupakan singkatan daripada electronic sport (sukan elektronik). Ia merupakan pertandingan permainan video yang disertai pemain profesional individu atau berkumpulan dengan hadiah tunai yang lumayan. 

MACAM MANA NAK JADI PEMAIN PROFESIONAL ESPORTS?

Gambar menunjukkan wajah Eli Gallagher. Kredit, GGscore.

Ini tips daripada Eli Gallagher, pemain profesional Overwatch yang boleh anda contohi.


#1 Paling Suka – Pilih permainan video yang paling anda gemari kerana anda akan habiskan masa berjam-jam setiap hari untuk praktis.

Ilustrasi menunjukkan pemain game gembira

#2 Semangat – Tanpa semangat dan minat yang mendalam permainan video, sukar untuk anda lakukannya sebagai pekerjaan. Buat kerana semangat dan minat, bukan kerana wang ganjaran semata-mata.

Ilustrasi menunjukkan seorang pemain esports tekun berlatih

#3 Cari Pasukan – Tubuhkan pasukan ataupun masuk dalam kumpulan sedia ada melalui platform media sosial. Platform yang paling selalu digunakan pemain adalah, Discord. Mana tahu anda akan direkrut oleh coach Esports seperti Gallagher. 

Ilustrasi menunjukkan pasukan pemain esports

#4 Berlatih dan Mula Sertai Tournament – Dapatkan kelengkapan yang sesuai dengan rutin latihan anda dan mula berlatih mengikut jadual yang ditetapkan. Biasanya anda akan bermula sebagai pemain amatur di kejohanan esports sehingga meningkat ke pemain profesional. Untuk cara bina ruang gaming sendiri di rumah, artikel ini boleh membantu.

Ilustrasi menunjukkan pemain-pemain bertanding dalam satu tournament esports

Ini pula antara genre-genre esports yang anda boleh explore untuk kick-start kerjaya esports.

GENRE-GENRE ESPORTS

Esports juga mempunyai pelbagai kategori yang boleh dipilih oleh pemain, antaranya:

#1 Real-Time Strategy (Strategi Masa Sebenar)

Gambar menunjukkan poster bagi permainan video RTS yang popular iaitu Warcraft

Dalam genre permainan ini, pemain biasanya tak boleh membuat sebarang pelan atau strategi sebelum bermain. Pemain perlu membina strategi dan taktik ketika bermain dan digunakan pada masa yang sesuai untuk menang dalam permainan.

Jenis permainan ini memerlukan daya fikir dalam skil taktikal, berpandangan jauh, dan boleh menjalankan beberapa perkara pada satu masa. Kena pantas buat keputusan! Contohnya seperti Warcraft!

#2 First-Person Shooter (Penembak Pertama)

Gambar menunjukkan poster bagi permainan video Apex Legend. Kredit, Playstation Store.

Seperti nama kriteria ini, ianya fokus kepada simulasi tembak menembak dari POV (point-of-view) pemain menggunakan senjata api seperti pistol dan senapang.

Jenis permainan ini lebih immersive kerana pemain seolah-olah terbabit dalam permainan itu sendiri kerana POV tersebut. Permainan ini selalunya tidak sesuai bagi yang berumur bawah 18 tahun. Sebagai contoh, game Apex Legend.

#3 MOBA – Multiplayer Online Battle Arena (Arena Pertempuran Berbilang Pemain Dalam Talian)

Gambar menunjukkan logo bagi permainan video Mobile Legend. Kredit, Freepnglogos.

Ini merupakan salah satu variasi genre Real-Time Strategy. Ia menggabungkan elemen aksi, avatar dan strategi. Biasanya 2 kumpulan akan bertempur berdasarkan jenis/kelas pemain seperti hero, perawat dan sebagainya untuk mendapatkan markah pengalaman dan menjadi lebih kuat. Kumpulan yang lebih kuat akan dapat memusnahkan kubu pertahanan pihak lawan. Mobile Legend, misalnya.

#4 Battle Royale (Pertempuran Sampai Mati)

Gambar menunjukkan poster bagi permainan video Call of Duty.

Pemain perlu bertarung sehingga mereka menjadi orang terakhir yang tinggal. Biasanya genre ini akan meletakkan satu had masa dan pemain akan berada di sebuah kawasan yang besar. Semakin lama permainan berlangsung, semakin kecil kawasan tersebut. Ambil contoh Call of Duty.

ANTARA GAME ESPORTS YANG POPULAR

Gambar menunjukkan beberapa contoh esport yang popular.


KISAH KEJAYAAN

Pada tahun 2022, pemain DOTA 2 Malaysia, Cheng “NothingToSay” Jin Xiang dah memenangi sebahagian daripada USD600,000 (lebih kurang RM2.84 million) di kejohanan tersebut yang diadakan di Singapura. Dengan minat dan dedikasi, semua orang boleh jadi pemain Esports profesional.

Gambar menunjukkan Cheng Jin Xiang dalam tournament Dota 2 di Singapura. Kredit imej daripada Says.

BERI GALAKAN

Kalau bermain untuk mengisi masa lapang, permainan video juga boleh menajamkan minda dan mengasah skil menyelesaikan masalah. Jadi jika anda lihat anak anda menggunakan Internet di rumah dengan bermain game, jangan mudah marah. 

Anak itu mungkin jadi juara kejohanan Esport akan datang! Manfaatkan ketersambungan jalur lebar dengan mencuba permainan video dalam talian.

Penulisan oleh Addin Dyna

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Video Games Malaysia pun Gempak!

Sukan

March 16, 2023

Main Game FPS Cerdaskan Minda?

Sukan

March 14, 2023

Nak Beli Phone Gaming? Ini Specs yang Kena Tahu.

Sukan

March 7, 2023

Main Game Online Guna Wi-Fi Ke Tarik Kabel??? 

Sukan

February 28, 2023

Skip to content