Kerjaya 10 Tahun Akan Datang

February 16, 2023

Kreatif

“Mama, Cikgu tanya dah, nak ambek aliran apa nanti ataupun Kakak nak apply mana-mana sekolah sains ke teknikal ke. Kakak tak tau nak jawab apa. Tak fikir lagi…”

Dilema juga bila dengar soalan ini sebagai Mak Bapak. Pastinya ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak dengan membantu mereka buat pilihan yang boleh menjamin masa depan. Iyalah dengan zaman AI (Artificial Intelligence) sekarang kebanyakan perkara boleh diautomasi. Banyak kerja yang mungkin dah tak akan wujud dalam masa 10 tahun lagi. 

Ilustrasi menunjukkan manusia dan robot sedang menunggu giliran untuk temuduga

Teknologi dan tren semasa sentiasa berubah-ubah. Begitu juga supply dan demand dalam pasaran kerja. Kalau kita lihat pembangunan teknologi yang semakin pesat sekarang, 50% pekerja di seluruh dunia perlu mempelajari atau meningkatkan skil pada tahun 2025. Menurut kajian Future of Jobs pula, 40% pekerja perlu memperbaharui skil mereka setiap 6 bulan. Itu baru sekarang, kalau zaman generasi akan datang, pastinya merisaukan. Jadi, macam mana ibu bapa boleh bantu anak-anak futureproof skil dan pengetahuan yang relevan untuk masa akan datang? 

AUTOMASI DAN LAHIRNYA KERJAYA BARU

Ilustrasi menunjukkan automasi dalam industri penghantaran

Menurut kajian oleh McKinsey Global Institute, lebih banyak pekerjaan akan datang bakal diautomasikan menggunakan AI dan robot. Terutamanya pekerjaan yang memerlukan tenaga fizikal (seperti operator kilang) dan skil kognitif asas (seperti kerja administrasi). Dengan kurangnya permintaan untuk kerja sebegitu, maka akan lahirnya permintaan tinggi untuk kerjaya yang memerlukan skil teknologi, sosial & emosi dan juga skil kognitif yang tinggi. Jadi ini adalah kategori skil yang boleh menjadi asas kepada persiapan anak-anak untuk mendapatkan kerjaya yang kalis masa depan.

SKIL-SKIL UNTUK KERJAYA KALIS MASA DEPAN

Ilustrasi menunjukkan kolaborasi idea

Tak semua kerja akan pupus kerana sesetengahnya memerlukan pengetahuan khusus seperti peguam dan petugas perubatan. Tetapi dalam pasaran kerja yang bakal didominasi dengan automasi AI, anda perlu memastikan sama ada anak-anak anda atau juga anda dapat memenuhi kriteria-kriteria di bawah untuk kekal relevan:

  1. Tambah nilai skil/pengetahuan melebihi apa yang boleh dilakukan sistem berautomasi dan mesin pintar
  2. Beroperasi dalam lanskap digital
  3. Sentiasa menyesuaikan diri dengan cara kerja baru dan juga kerja baru

Jadi ini adalah antara 5 skil yang boleh dijadikan panduan untuk kekal relevan dalam pasaran kerja pada masa akan datang:

Sentiasa Belajar – Tanamkan minat dalam diri anak-anak yang pembelajaran bukanlah hanya ketika di sekolah dan di universiti je. Pembelajaran yang berterusan adalah kunci untuk kekal relevan di setiap peringkat hidup. Kalau dulu kerja mungkin ada skill set yang tetap, tetapi bukan sekarang. Ini akan mengajar mereka untuk mudah menyesuaikan diri dan sentiasa ingin memperbaiki dan mempelajari skil baru. 

Ilustrasi menunjukkan 3 orang yang sedang belajar

Kecerdasan Emosi – Satu skil yang jarang ditekankan di sekolah kerana emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian dan semestinya di tempat kerja. Jadi ia adalah kecerdasan yang penting untuk dikembangkan pada peringkat awal bukan saja untuk individu itu sendiri dalam menjaga kesihatan mental yang baik tetapi juga untuk mengurus konflik dan hubungan interpersonal di tempat kerja. Lagipun, emosi adalah sesuatu yang AI masih belum boleh lagi diprogramkan.

Ilustrasi menunjukkan individu yang sedang berhubung dalam talian

Kepimpinan – Kepimpinan tak semestinya bermaksud anda perlu menjawat jawatan tinggi seperti management roles. Kepimpinan datang dari pelbagai bentuk seperti menjadi pakar dalam sesuatu bidang. Ini memberi nilai tambah di tempat kerja dan kepimpinan juga turut merangkumi skill set seperti komunikasi yang jelas, kejujuran, keadilan, pertimbangan yang baik dan juga semangat yang tinggi.

Ilustrasi menunjukkan seorang pakar yang sedang mengajar

Kreativiti – Pastinya ada tempat untuk skil kreativiti untuk kerjaya masa hadapan. Kebiasaannya kanak-kanak lah yang selalu mempunyai idea yang unik dan soalan yang memerah otak orang dewasa yang mendengarnya. Tetapi semakin dewasa, skil ini semakin dilupakan kerana ada yang menganggap ia hanyalah relevan untuk industri kreatif je. Tapi tak, kreativiti memupuk semangat berfikiran luar dari kotak tak kira apa bidang sekalipun dan ia adalah skil yang perlu ada dan dipupuk dari kecil. 

Ilustrasi menunjukkan seorang lelaki yang sedang melihat paparan di skrin

Penyelesaian Masalah – Setuju tak, apa-apa bidang sekalipun, tak kira menggunakan teknologi atau tak, memerlukan skil penyelesaian masalah yang efektif. Jadi ini adalah skil malar segar (evergreen) yang sangat penting. Skil ini memerlukan pemikiran kritikal (critical thinking) dalam menganalisa masalah dan membuat pertimbangan sebelum cara penyelesaian masalah diputuskan. Skil yang tersenarai di atas juga menyumbang kepada perkembangan skil problem solving yang baik.

Ilustrasi menunjukkan seorang wanita yang sedang menyelesaikan masalah

KERJAYA DI MASA DEPAN
Nah, dengan semua kemahiran di atas, apa saja bidang boleh diceburi. Dan tak mustahil satu hari akan berada dalam jawatan yang kebanyakannya belum pun wujud lagi. Misalnya:

  • Drone manager – Sekarang dah banyak penggunaan dron; pertanian, keselamatan dan sebagainya. Pakar perlu ada untuk tentukan piawai standard mengurus dron.
  • Data Trash Engineer – Data yang tak diguna ada potensi jadi bacaan yang berguna ibarat kitar semula sisa makanan yang menjadi tenaga
  • Cyber Attack Agent – Ejen risikan FBI, CIA dah biasa. Untuk dunia siber, ada potensi untuk jawatan ini diwujudkan 10, 20 tahun akan datang.
  • Esports Arena Builder – Makin berkembang esport, kena lah ada pakar khas yang boleh fokus bina gelanggangnya. 
  • Vertical Farm Consultant – Akan bekerja dengan kerajaan dan komuniti untuk mengoptimumkan kawasan tanaman dan dapat bekalan makanan di kawasan setempat
  • Flying Car Developer – Kereta terbang, macam dalam cerita sains fiksyen. Kalau kapal terbang mampu ada, keperluan jawatan ni tak mustahil akan ada.
  • Kalau di Google pula ada Chief Storyteller, yang tak pernah terjangkau akan ada sebelum kewujudan internet!

PANDUAN GENERASI AKAN DATANG

Ilustrasi menunjukkan kanak-kanak yang menggunakan teknologi masa depan

Menarik sangat kalau rujuk semula pekerjaan yang mungkin akan wujud akan datang ni. Yelah pastinya masalah lain boleh wujud, lebih lagi yang mungkin tak terfikir dan semua itu perlu ada penyelesaian melalui kerjaya yang belum wujud. Sebab dengan penggunaan internet dalam dunia, tanpa batasan imaginasi semua boleh jadi.

Seiring perubahan dunia dalam penggunaan teknologi, landskap sosio-ekonomi dan tingkah laku manusia pun akan berevolusi. Jadinya dengan contoh yang diberikan di atas, harap ia akan dapat menjadi tips untuk anda dalam memberi panduan kepada anak-anak. Bukan untuk yang masih di bangku sekolah, malah untuk anda yang nak kekal relevan dalam industri pekerjaan akan datang pun boleh.

Anda boleh belajar melalui kursus upskilling dan reskilling daripada MDEC seperti GLOW, EREZEKI, LET’S LEARN DIGITAL dan banyak lagi. Ibarat petikan buku yang berbunyi “The future belongs to those who learn more skills and combine them in creative ways. And the process of learning skills, no matter how virtual, remains the same.” – Robert Greene, daripada buku Mastery.

Penulisan oleh Addin Dyna

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Jalan Pintas untuk Kerja Pantas

Kreatif

March 16, 2023

Beza Popular Dulu Dan Popular Sekarang

Kreatif

March 14, 2023

Berkongsi Bakat, Belajar Minat Dengan Komuniti Fotografi

Kreatif

March 13, 2023

Si Cilik Sebagai Target Audience Anda

Kreatif

March 9, 2023

Skip to content