Inovasi Teknologi Dalam Sukan

January 31, 2023

Sukan

Teknologi dan sukan bukan lagi satu perkara yang asing. Malah teknologi merupakan satu elemen yang penting dalam membantu manusia menjadikan sukan menjadi lebih seronok serta menarik.  Buktinya dengan aplikasi teknologi yang digunapakai di FIFA World Cup Qatar 2023. Pelbagai teknologi yang bersifat ‘cutting edge’ diperkenalkan yang memberi manfaat kepada kedua pemain dan penonton. 

Gambar menunjukkan seorang pemain bola dengan teknologi. Kredit imej daripada the18.com

Cuba bayangkan sekiranya permainan seperti bola sepak masih lagi dimainkan di padang rumput asli sebelum diperkenalkan teknologi rumput tiruan. Atau permainan bola keranjang dan  bola tampar dimainkan di atas simen kasar dan keras sebelum adanya teknologi gelanggang sintetik.

Jadi , jom kita tengok 7 perkembangan teknologi dalam sukan yang diguna serata dunia. 

TEKNOLOGI UNTUK PEMAIN DAN PENONTON

7 kemajuan teknologi utama yang telah digunapakai untuk atlet dan penonton – 

#1 Sistem Penjejakan Masa (Time Tracking System) 

Pada tahun 1964, Seiko melancarkan sistem pemasaan automatik elektronik baharu dengan mekanisme penamat foto, meningkatkan ketepatan kepada 1/100 saat.  Transponder atau pemasaan RFID direka menggunakan frekuensi radio melalui cip yang diletakkan pada atlet untuk merakam masa pada titik antena di perkenalkan pula pada tahun 1980an. Selepas itu pada tahun 2008, peralatan kemasan foto menangkap 3,000 foto sesaat untuk menjejaki pemenang dalam perlumbaan.

Gambar menunjukan alat penjejakan masa daripada Seiko. Kredit imej daripada seiko.co.jp.

#2 Pakaian dan Alatan (Wearables) 

Teknologi pakaian olahraga untuk mengukur kadar denyutan jantung, aktiviti pernafasan, postur, kelajuan dan pengagihan berat badan. Teknologi ini sedang berkembang  apabila direka untuk menyedut peluh dari badan melalui penyejatan dan bukan penyerapan. 

Gambar menunjukkan contoh baju yang dipakai oleh atlet. Kredit imej daripada bima.co.uk.

#3 Teknologi Garisan Gol (GLT)

Teknologi ini digunakan buat kali pertama pada tahun 2014 dalam Piala Dunia dan membantu menghadiahkan gol kepada Perancis menentang Honduras. Pada tahun 2016, GLT hanya digunakan dalam liga domestik Eropah utama (England, Itali, Perancis, Jerman) dan pertandingan antarabangsa utama. Digunakan juga di Piala Dunia Qatar 2022 baru-baru ini. 

Gambar menunjukkan teknologi garisan gol. Kredit imej daripada living2022.com.

#4 Teknologi Video (VAR)

Sistem Pembantu Pengadil Video (juga dikenali sebagai VAR) diuji buat kali pertama di Eredivisie pada tahun 2012, diikuti dengan ujian yang lebih meluas. Piala Dunia FIFA 2022 menggunakan teknologi ini dalam semua perlawanan. 

Gambar menunjukkan penggunaan teknologi VAR. Kredit imej daripada alkass.net.

#5 Pengesan Data GPS (GPS Data Tracking) 

Pada tahun 2010, pasukan ragbi Bradford Bulls menjadi pasukan pertama yang menggunakan pengesan GPS untuk mengumpul data dan statistik tentang prestasi pemainnya. Manakala teknologi yang dinamakan Penderia diletakkan di bawah jersi pemain untuk mengesan kadar denyutan jantung, kedudukan padang, keletihan, pemulihan dan pencegahan kecederaan.

Gambar menunjukkan beberapa atlet memakai baju yang dilengkapi teknologi GPS. Kredit imej daripada PitcheroGPS.

#6 Pengimejan Maya (Virtual Imaging)

Orad Hi-Tec Systems memperkenalkan pengimejan maya termasuk Talian Rekod Dunia Maya dalam percubaan dan acara renang profesional pada tahun 2000. Teknologi ini mencipta garis bertindih pada permukaan air dan grafik untuk menunjukkan rekod dunia sedia ada. Bendera maya yang direka oleh Orad digunapakai dalam acara renang untuk mewakili setiap perenang di lorong mereka. 

Gambar menunjukkan teknologi Virtual Imaging dalam sukan renang. Kredit imej daripada xy-kao.

#7 Liputan acara ‘LIVE’ (Livestreaming)

Dengan ketersambungan jalur lebar dan capaian internet yang bagus, penonton dapat menonton liputan acara secara langsung yang berlaku di seluruh dunia. Juga dengan kemunculan platform ‘streaming’ seperti Sooka dan RTMKlik yang membantu penonton menikmati liputan di pelbagai peranti. 

Gambar menunjukkan perlawanan yang ditonton secara Live. Kredit imej daripada ibc.org.

TEKNOLOGI SUKAN UNTUK MASA DEPAN

Dunia sukan masa kini sentiasa mengalami perubahan teknologi demi memastikan kelancaran sesuatu perlawanan. Perubahan ini wajar, sejajar dengan perkembangan dunia reka cipta dan inovasi teknologi masa kini. Perkembangan teknologi dalam sukan dapat membantu melonjakkan populariti dan juga menambah baik pengalaman sukan tersebut kepada pemain dan penonton.

Semoga teknologi-teknologi yang diperkatakan akan dapat memberi inspirasi untuk digunapakai oleh organisasi sukan tempatan dan badan yang berkenaan. Teknologi bakal terus berkembang dan berevolusi. Manfaatkan teknologi untuk kita terus perkasakan pengetahuan digital dalam semua bidang. 

Penulisan oleh Arshad Adam

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Video Games Malaysia pun Gempak!

Sukan

March 16, 2023

Main Game FPS Cerdaskan Minda?

Sukan

March 14, 2023

Nak Beli Phone Gaming? Ini Specs yang Kena Tahu.

Sukan

March 7, 2023

Main Game Online Guna Wi-Fi Ke Tarik Kabel??? 

Sukan

February 28, 2023

Skip to content