Industri Animasi di Malaysia dah Power!

March 1, 2023

Kreatif

“Ahmad, kau dah tengok Mechamato belum?” Tanya Ahmad kepada rakannya, Aiman.

“Aku belum tengok. Kenapa weh? Bukan tu cerita untuk budak-budak ke?” Jawab Aiman.

Ilustrasi menunjukkan proses pembuatan animasi.

Siapa kata animasi untuk budak-budak kecil je?

Siapa je yang tak pernah dengar nama cerita animasi Boboiboy, Papa Pipi & Fly with Yaya. Termasuk juga animasi Mechamato yang tengah hit sekarang! Semua ni sebenarnya di bawah syarikat animasi yang sama iaitu Studio Monsta!  Ia bukan saja sesuai untuk tontonan kanak-kanak tapi semua orang sebenarnya. Nampaknya animasi juga adalah satu komponen penting dalam kalangan syarikat bermotifkan pendidikan di negara ini yang juga dikenali sebagai “edutainment“. 

ANIMASI 2D DAN 3D NI MACAM MANA SEBENARNYA?

Tapi anda tahu tak macam mana industri animasi di Malaysia ini berevolusi dari 2D ke 3D? Jom ketahuinya!

ANIMASI 2D 

Gambar menunjukkan watak animasi Keluang Man dan Bola Kampung. Kredit imej daripada wikipedia & Facebook.

Anda pernah tonton kartun “Keluang Man”, “Anak-anak Sidek” dan “Bola Kampung”? Anda akan tahu yang perbezaan animasi ketiga-tiga ini berbeza dengan yang selalu dipaparkan kini. Animasi 2D adalah animasi yang menggunakan beberapa gambar berurutan yang digerakkan agar objeknya terlihat seperti nyata (hidup). Proses animasi 2D juga sebenarnya telah tercipta sejak awal 1800an lagi tau. Hebat kan?

ANIMASI 3D 

Anda tahu tak yang Toy Story adalah filem animasi 3D pertama? 

Ia adalah sebuah objek animasi yang bergerak di dalam ruang digital 3 dimensi. Melalui manipulasi objek yang menggunakan perisian tertentu, sebuah gambar dapat berpindah dan berputar menyerupai objek aslinya.

Teringin nak cuba buat 3D? Boleh cuba Autodesk Maya, Adobe Character Animator dan KeyShot.

Gambar menunjukkan logo cerita Toy Story dan watak-watak filem tersebut. Kredit imej daripada Walt Disney Pictures.

Lanskap Industri Animasi di Malaysia ni Power ke? Mestilah!

Ada di antara studio animasi di Malaysia bermula dari rumah je. Satu perkara yang boleh anda ikut jika ada minat. Antara studio di Malaysia dan karya mereka yang popular di Malaysia dan luar negara adalah: 

Gambar menunjukkan logo monsta bersama watak-watak animasi karya studio mereka. Kredit imej daripada Monsta.

Monsta: Mechamato, Boboiboy

PENCAPAIAN: Mechamato di 65 buah negara

Mechamato sekarang dah ada hak siaran untuk 65 buah negara! Nanti anda jangan terkejut kalau nampak filem animasi Malaysia ini ada di Portugal, Jepun dan Taiwan.  Anda boleh dengar nanti watak utamanya berbicara dalam pelbagai bahasa selain Bahasa Melayu! Animasi ini juga telah mencipta sejarah dengan memenangi anugerah Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival (TAAF). 

Gambar menunjukkan logo Les’ Copaque bersama watak-watak animasi daripada studio mereka. Kredit imej daripada Les’ Copaque.

Les’ Copaque: Upin & Ipin, Pada Zaman Dahulu, Puteri, DaDuDiDo

PENCAPAIAN: Wakil Malaysia yang pertama layak terima anugerah daripada Youtube

Bangganya dengan Upin & Ipin! Produk Les Copaque ni sebenarnya dah berjaya rekod 10 juta subscribers di Youtube! Kiraan yang terkini ialah 16.8 juta.  Banyak betul. Kalau anda nak tahu, Upin & Ipin adalah akaun pertama yang berjaya dapat Anugerah Diamond Play Button daripada Youtube tau!

Gambar menunjukkan logo Wau Animation bersama watak animasi berkaitan

Wau Animation: Ejen Ali

PENCAPAIAN: Orang luar negara beli barang Ejen Ali!

Berjaya memuatkan karya untuk tontonan penduduk di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, Australian dan New Zealand melalui Amazon Prime. Ia juga berjaya memasuki pasaran China melalui platform penstriman di sana, Tencent Video dan dialihbahasakan ke bahasa Mandarin.

ANIMASI JUGA EJEN PERPADUAN TAU!

Ilustrasi menunjukkan rakyat berbilang kaum yang memegang bendera Malaysia

Animasi biasanya mengintegrasikan elemen tempatan seperti lokasi dan budaya. Jadi ia dapat memupuk dan meningkatkan nilai perpaduan dalam negara. Dalam masa yang sama kita dapat mempromosi budaya kepada audien antarabangsa apabila siri dan filem ditayangkan di luar negara. 

Pilihan untuk menggunakan dubbing atau alih suara ini  juga memudahkan penerimaan animasi di negara yang ditayangkan seperti Mechamato dalam bahasa Jepun dan Upin & Ipin dalam bahasa Indonesia.

AMBIL PELUANG JOIN INDUSTRI ANIMASI MALAYSIA, IT’S NEVER TOO LATE!

Tangkap layar menunjukkan fakulti dan jurusan berkenaan animasi yang ada di Malaysia. Kredit imej daripada Aswara & MMU.

Seronok kalau kita tengok lanskap di industri animasi di Malaysia. Bangga pun ada dengan pencapaian anak-anak tempatan.  Jadi kalau berminat, boleh je sertai program animasi dalam talian merangkumi topik asas seperti seni digital, animasi berasaskan komputer 2D dan 3D, dan grafik gerakan. Antara ijazah animasi yang ditawarkan pula ada di Universiti Multimedia dan ASWARA.

Asal ada minat, anda boleh je join industri animasi. Jom meriahkan lagi industri dengan memanfaatkan ketersambungan jalur lebar yang ada untuk belajar tak kira dalam talian atau pengajian ijazah di kelas fizikal!

Penulisan oleh Qareena Ramlee

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Jalan Pintas untuk Kerja Pantas

Kreatif

March 16, 2023

Beza Popular Dulu Dan Popular Sekarang

Kreatif

March 14, 2023

Berkongsi Bakat, Belajar Minat Dengan Komuniti Fotografi

Kreatif

March 13, 2023

Si Cilik Sebagai Target Audience Anda

Kreatif

March 9, 2023

Skip to content