Cara Lajukan Wi-Fi di Rumah

February 24, 2023

Teknologi

“Ayah! Patut la bila video call, nak download apa semua line tak stable. Router letak sebelah microwave ke?? Siapa yang pasang ni??” 

“Hmmm.. Ayah lah…”

Capaian Internet Wi-Fi di rumah sudah menjadi keperluan pada zaman ini. Boleh dikatakan semua orang mempunyai peranti dan memerlukan Internet sepanjang hari. Nak layan media sosial, nak main game online, nak buat kerja seperti menghantar e-mel, nak buat assignment, malah nak ‘on’ kan peranti pintar dekat rumah pun perlukan Internet sekarang. 

Kalau Wi-Fi rumah tak kuat atau bermasalah, gerenti susah nak siapkan semua kerja. Bayangkan tengah mesyuarat penting tiba-tiba signal Wi-Fi terputus, hantar e-mel tak sampai-sampai, kelas online tak dengar dengan jelas dan banyak lagi. 

Gambar menunjukkan seorang wanita sedang “stress” di depan laptop 

Menyedari kepentingan ketersambungan Internet Kerajaan telah berusaha menjadikan capaian dan jaringan Internet semakin bagus, sekali gus mengurangkan masalah Internet ‘slow’ dekat rumah. 

Tapi tahukah anda ada faktor ‘external’ atau luaran yang boleh membuatkan Internet anda di rumah ‘slow’? Jom tengok apakah faktor-faktor tersebut.  

INTERNET SLOW? PERIKSA 4 FAKTOR INI

4 Faktor yang menyebabkan Internet anda di rumah ‘slow’ sampai boleh buat stres. Periksa kedudukan router Internet anda. 

Ikon menunjukkan router dan isyarat Internet

1. Jarak – Semakin jauh jarak anda daripada router, semakin lemah signal yang anda akan terima. Kalau signal pun lemah maka capaian dan sambungan Internet juga akan ‘slow’. Jarak signal untuk router biasa dan berkuasa rendah adalah 30 meter sahaja. Untuk penjelasan lanjut, boleh tonton video dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah.

2. Halangan – Jika router anda berada berdekatan atau dalam kawasan tertutup yang mempunyai permukaan metalik dan ‘reflective’, ia akan mengurangkan liputan Internet anda. Kadang peranti anda tidak dapat kesan pun signal router apabila masuk ke ruang-ruang tertentu. 

3. Gangguan – Gangguan juga boleh mengakibatkan prestasi Internet anda ‘slow’. Gangguan ini bermaksud gangguan elektromagnetik – bukan gangguan halus – daripada perkakasan elektromagnetik seperti oven dan microwave

4. Haba – Ramai daripada kita yang meletakkan router di atas router lain. Elakkan daripada menyusun router anda begini kerana router akan menjadi lebih panas. Apabila router ini terlalu panas, ia akan menjadi kurang efisien dan menjejaskan capaian dan sambungan Internet. Kalau boleh, elakkan juga meletak router bersebelahan TV atau alat elektronik yang membebaskan haba. 

Jadi macam mana nak pastikan anda dapat optimumkan capaian dan sambungan Internet di rumah? Ikuti 3 tips ini. 

1. Pilih frekuensi Wi-Fi yang betul

Ikon menunjukkan signal wifi

Router ‘dual-band’ anda dilengkapi dengan 2 frekuensi Wi-Fi iaitu 2.4Ghz dan 5Ghz. Kedua-dua penggunaan frekuensi ini boleh dioptimumkan bergantung kepada situasi. Ingat formula ini – sambungan frekuensi Wi-Fi 5G lebih bagus jika anda berada berdekatan router anda dan jika jauh daripada router, gunakan sambungan frekuensi Wi-Fi 2.4Ghz. 

2. Pastikan peranti di lengkapkan dengan teknologi Wi-Fi yang terkini

Ikon menunjukkan teknologi Wi-Fi terbaru iaitu Wi-Fi 6 

Teknologi yang terkini memastikan anda mempunyai kelajuan muat turun dan muat naik yang stabil antara anda dan sambungan Internet anda. Teknologi Wi-Fi terkini iaitu Wi-Fi 6 sudah ada di peranti-peranti baru. Pastikan peranti anda mempunyai teknologi Wi-Fi terkini. Tak semestinya perlu beli peranti dengan sokongan Wi-Fi 6, hanya pastikan ia tidak lah teknologi yang lama seperti Wi-Fi 3 atau 4. Anda juga sebenarnya boleh memeriksa kelajuan Internet anda dengan aplikasi seperti Speed Test Meter

3. Tukar antenna

Gambar menunnjukkan antenna router daripada TP-Link

Router yang biasanya anda dapat percuma tu biasanya hanya ada antena yang kecil dan menghantar signal pada kadar rendah. Router baru agak mahal, jadi anda boleh dapatkan saja antena yang lebih besar untuk ditukarkan pada router. Antena besar mampu menghantar signal yang lebih kuat membuatkan Wi-Fi lebih laju. Alternatif lain adalah menggunakan antena USB yang dipasang pada laptop anda. Ataupun boleh juga mendapatkan Mesh Wi-Fi untuk meluaskan capaian dan jaringan Internet di rumah. Baca kelebihan menggunakan Mesh Wi-Fi di SINI

PERIKSA LOKASI ROUTER ANDA SEKARANG

Ilustrasi menunjukkan 2 orang individu sedang melakukan panggilan video menerusi Wi-FI rumah

Tiada lagi Internet ‘slow’ di rumah. Penting untuk memastikan capaian dan jaringan Internet di rumah laju dan memuaskan.  

Capaian dan jaringan Wi-Fi yang stabil juga akan membuatkan anda lebih produktif dalam melakukan sesuatu kerja. Tetapi kalau anda dah cuba semua tips di atas dan capaian Internet anda masih sama, anda kena periksa penggunaan dan sambungan Wi-Fi kepada peranti anda.

Penggunaan yang berat dan sambungan kepada banyak peranti dirumah juga boleh memberi kesan kepada Internat anda. Jadi dah boleh upgrade tu. Check out pelbagai tawaran Internet di rumah yang mampu milik. 

Aktifkan ketersambungan jalur lebar di rumah dengan capaian dan jaringan Internet yang mantap!

Penulisan oleh Arshad Adam

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Besar Kecil Besar Kecil. Website Apa Ni?

Teknologi

March 16, 2023

Dulu Tak Mampu, Sekarang Mampu Milik - Internet

Teknologi

March 15, 2023

FREE Online Tools Untuk Tolong Cikgu!

Teknologi

March 10, 2023

5 Telefon Legend Yang Semua Pernah Guna

Teknologi

March 10, 2023

Skip to content