Cara Bina Ruang Gaming Bajet Sendiri di Rumah

January 17, 2023

Sukan

“Boss, PC 3 tambah lagi 2 jam”.

Ini situasi biasa pada zaman pusat siber dalam kalangan remaja pada sekitar tahun 90an. Tak sah kalau balik sekolah tak singgah ke pusat siber untuk bermain permainan di PC (personal computer). Kewujudan pusat siber yang tumbuh bak cendawan selepas hujan dan aktiviti di pusat siber ini pernah menjadi satu kerisauan kepada para ibu bapa. Ini kerana akses kepada jaringan internet untuk permainan dalam talian dipelopori pusat-pusat siber ini. 

Tetapi tahukah anda juga boleh membina ruang permainan sendiri di rumah? Ini 5 benda asas anda patut ketahui untuk membina ruang permainan sendiri, untuk anak-anak dan juga….para suami.

RUANG GAMING BAJET, SELESA TANPA BERBELANJA LEBIH

Gambar menunjukkan setup gaming di rumah.
Gambar menunjukkan setup gaming di rumah

Nak bina ruang gaming sendiri perlu ambil kira banyak perkara. Perkara paling utama ialah lokasi ruang dan perlu ada sebuah bilik yang digunakan hanya untuk aktiviti ini. Elakkan mengambil sudut daripada ruang tamu atau bilik tidur supaya tak menganggu ketenteraman orang lain. Dah jumpa ruang yang sesuai? Jom kita mulakan. 

4 PERKARA ASAS DALAM RUANG GAMING

Ini 4 perkara asas untuk mula bina ruang anda. Mungkin nampak biasa tapi jangan risau, membina ruang gaming adalah satu proses. 

1. Capaian Internet yang laju

PALING PENTING. Capaian dan rangkaian Internet yang bagus adalah perkara utama. Boleh cuba Internet Fiber. Kalau ruang gaming anda jauh daripada router, ini penyelesaiannya – Mesh Wi-Fi. 

Gambar menunjukkan peranti Mesh Wi-Fi di atas meja. Kredit imej daripada tp-link.
Gambar menunjukkan peranti Mesh Wi-Fi di atas meja. Kredit imej daripada tp-link.

2. Perisian Komputer (Software)

Perisian sesuatu komputer peribadi sangat penting bagi memastikan kepuasan maksimum untuk bermain. Apa yang anda perlukan:

  • RAM (Random-Access Memory) – Tanpa RAM, anda tak boleh buka sebarang aplikasi walaupun aplikasi tersebut telah dipasang pada ROM. RAM mempunyai pelbagai kapasiti sehingga 64GB. Minimum RAM untuk gaming adalah 8GB

Gambar menunjukkan jenis-jenis RAM

  • ROM / STORAGE (Read-Only Memory) – ROM ialah Read-Only Memory di mana ia menyimpan dan menulis data. Ada dua jenis storage iaitu SSD dan HDD. Pilih SSD kerana boleh membekalkan kelajuan bacaan dan penulisan data dalam satu tempoh masa. Kecekapan yang tinggi dan prestasi yang sangat hebat.
  • Kad Grafik – Tanpa kad grafik, grafik permainan anda akan kelihatan tak sempurna. Anda perlu pilih GPU yang sesuai dengan anda. Jika anda bermain grafik rendah, 2GB VRAM sudah memadai – jika grafik tinggi, anda kena beli 4GB VRAM. 
  • Motherboard – Ibu kepada komponen-komponen komputer anda. Motherboard anda perlu sesuai dengan processor yang digunakan. Kalau processor anda Intel, maka perlu ada motherboard yang boleh digunakan processor Intel. 

3. Hardware

Peralatan lain seperti tetikus, monitor tambahan, headphone juga perlu untuk menjadikan pengalaman bermain game lebih menarik. 

Gambar menunjukkan seorang lelaki menggunakan headphone ketika gaming.
Gambar menunjukkan seorang lelaki menggunakan headphone ketika gaming

4. Kerusi gaming

Tak lengkap ruang gaming anda tanpa kerusi dan meja gaming sendiri. Perkara paling penting adalah nilai ergonomik kerusi tersebut. Ini kerana anda akan habiskan banyak masa untuk bermain game jadi pilih kerusi yang boleh menyokong tulang belakang anda. 

Gambar menunjukkan sebuah kerusi gaming
Gambar menunjukkan sebuah kerusi gaming

BAJET TAK SEMESTINYA TIADA KUALITI

Dengan akses kepada capaian Internet yang bagus, anda akan dapat merasai sendiri pengalaman bermain permainan komputer di rumah. Perkara-perkara asas ini sudah cukup bagi sesiapa yang ingin mula membina ruang gaming sendiri di rumah. 

Berdasarkan bajet dan kemampuan, anda dapat merealisasikan ruang ini serta secara langsung dapat memberi masa berkualiti bersama keluarga juga. Dari masa ke semasa, anda boleh menambah baik ruangan ini mengikut citarasa sendiri.  Ini juga dapat direalisasikan dengan hubungan Internet yang stabil dengan memasang Internet di rumah anda.


Selamat menikmati ruang gaming anda!

Penulisan oleh Arshad Adam

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Video Games Malaysia pun Gempak!

Sukan

March 16, 2023

Main Game FPS Cerdaskan Minda?

Sukan

March 14, 2023

Nak Beli Phone Gaming? Ini Specs yang Kena Tahu.

Sukan

March 7, 2023

Main Game Online Guna Wi-Fi Ke Tarik Kabel??? 

Sukan

February 28, 2023

Skip to content