Buku Cerita ‘Bercerita?’ Maksudnya Apa? 

February 23, 2023

Kreatif

“Kau tersengih-sengih sorang ni dah kenapa?” 

“Aku tengah baca buku la” 

“Baca buku apa bendanya pakai earphone?” 

Pernah anda terdengar atau terlihat tentang audiobook? Di mana ada suara yang menceritakan sesebuah kandungan buku atau novel tersebut tersebut.  Berbeza dengan e-book – buku dalam bentuk digital -, audiobook ini memberikan pengalaman ‘membaca’ yang berbeza bagi setiap kandungan. 

Ilustrasi menunjukkan seorang wanita sedang menikmati buku audio

Audiobook juga membuka pelbagai peluang kepada pekerja kreatif untuk mencuba pelbagai benda baharu dalam industri yang semakin meningkat ini.  Ditambah dengan teknologi dan ketersediaan jalur lebar, audiobook boleh menjadi industri yang besar dan membantu membudayakan budaya membaca dikalangan rakyat Malaysia. 

Menurut statistik, ada lebih 60 juta pengguna buku audio di Amerika Syarikat. Walaupun statistik di Malaysia masih belum ada, tetapi pasaran untuk buku audio ini sangat luas. 

Apa itu Audiobook?

Contoh buku-buku  audio daripada Perpustakaan Negara Malaysia ((PNM). Kredit imej daripada PNM. 

Audiobook adalah penerbitan pelbagai kandungan fiksyen dan non-fiksyen berbentuk audio untuk didengari melalui perantaraan seperti komputer, peranti mudah alih, kenderaan dan sebagainya. Audiobook dibacakan oleh narrator, sama ada pengkarya itu sendiri atau orang lain. Sesetengah audiobook juga datang dengan muzik latar untuk membantu penceritaan. 

PELUANG PELBAGAI BIDANG KREATIF

Penerbitan sesebuah buku audio membuka pelbagai cabang dan peluang dalam bidang kreatif. 

1. Kandungan

Penulis daripada pelbagai genre kandungan boleh menukarkan buku fizikal mereka kepada audiobook. Namun kandungan perlu diteliti dan dirancang dengan betul supaya pengalaman “membaca” audiobook ini dapat dinikmati dengan lebih menarik. Selalunya buku fiksyen akan memberikan keseronokan mendengar cerita tetapi karya non-fiksyen juga boleh dijadikan audiobook. Sama seperti pembaca buku fizikal minat dengan dengan genre spesifik, begitu juga dengan audiobook ini. 

2. Narrator atau Tukang Pencerita 

Ilustrasi menunjukkan tukang pencerita untuk buku audio 

Narrator atau tukang pencerita merupakan eleman penting dalam pembikinan sesebuah audiobook. Sebuah audiobook yang baik memerlukan bakat pencerita atau narrator yang berkemampuan untuk membawakan penceritaan daripada format teks kepada audio. Penerbit boleh menggunakan penulis asal untuk dijadikan pencerita kepada kandungan ini tetapi harus diingat, menceritakan kandungan amat berbeza dengan menulis kandungan. Disinilah peluang untuk pelakon suara mencuba nasib dan mengembangkan servis mereka. 

3. Rakaman  

Ini pula peluang kepada syarikat-syarikat rakaman muzik untuk meluaskan sayap perniagaan kepada rakaman audiobook. Proses rakaman memerlukan alatan dan perisian yang baik bagi memastikan kualiti audiobook tersebut. Jadi alatan dan perisian untuk merekod lagu boleh digunapakai dalam pembikinan sebuah audiobook. 

MASA DEPAN DAN PASARAN AUDIO BOOK DI MALAYSIA

Berbeza dengan pasaran luar negara seperti Amerika Syarikat yang menunjukkan peningkatan pertumbuhan, pasaran Malaysia sedang berkembang juga. Apatah lagi dengan kemunculan kandungan digital audio lain seperti podcast yang semakin digemari, audiobook juga bakal menjadi pilihan ‘pembaca’ buku yang tak mahu membaca.  

PLATFORM AUDIOBOOK LOKAL 

Tahukah anda bahawa Malaysia mempunyai platform audiobook tersendiri iaitu Nusantara Audiobook? Nusantara Audiobooks ialah penerbit dan platform pengedaran buku audio terkemuka di Malaysia dan Asia Tenggara. Platform yang dapat diakses daripada aplikasi dan laman web ini mempunyai kandungan audiobook lokal dan luar negara. Kandungan juga ada berbahasa Melayu dan Inggeris. 

Ikon menunjukkan logo Nusantara Audiobooks

Sementara platform alternatif  adalah seperti berikut: 

  1. Audible by Amazon 
  2. Apple Books Audiobooks 
  3. Kinokuniya
Logo menunjukkan platform audio book. Kredit imej daripada laman web masing-masing.

BACA BUKU DENGAN MENDENGAR!

Ilustrasi menunjukkan 3 orang individu yang sedang mendengar audiobook

Jika anda seorang pembaca buku tegar, maka audiobook memang untuk anda. Tapi jika anda seorang yang suka membaca tetapi tidak ada masa untuk membaca atau tidak suka memegang buku ketika membaca, boleh cuba audiobook ini. 

Hanya dengan telefon pun anda boleh menikmati pelbagai kandungan cerita, dimana-mana saja, dan bila-bila masa. Hanya ‘plug and play’. Plug in earphone dan tekan play

Selamat ‘mendengar’ buku!

Penulisan oleh Arshad Adam

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Jalan Pintas untuk Kerja Pantas

Kreatif

March 16, 2023

Beza Popular Dulu Dan Popular Sekarang

Kreatif

March 14, 2023

Berkongsi Bakat, Belajar Minat Dengan Komuniti Fotografi

Kreatif

March 13, 2023

Si Cilik Sebagai Target Audience Anda

Kreatif

March 9, 2023

Skip to content