Boleh Anjur Kejohanan e-Games Sendiri?

January 26, 2023

Sukan

“Takde ah tournament e-Games yang aku nak kat Malaysia ni. Kalaulah aku boleh organise sendiri mesti syok kan?” 

Siapa kata anda tak boleh? Kalau poket anda tebal untuk anjur atau dapat cari pelabur, ada jalannya untuk anda realisasikan impian! Tapi sebelum itu, ini yang anda kena tahu sebelum anda buat keputusan terburu-buru. Jom kita tengok apa langkah-langkah kalau nak buat e-Games ni.

LANGKAH 1 – BUAT KAJIAN MENDALAM

Gambar menunjukkan poster SWOT
  • Tengok balik apa yang dah pernah dianjurkan di Malaysia dan bagaimana sambutan yang diterima di kalangan pemain dan peminat.
  • Buat analisa SWOT (Strength, Weaknesses, Opportunity & Threat) untuk lihat apa yang anda patut tekankan dan apa yang perlu diperbaiki.
  • Lagi bagus kalau anda sertai tournament sebab anda boleh dalami perspektif pemain itu sendiri!

LANGKAH 2 – SAIZ TOURNAMENT, JENIS GAME & FORMAT

Gambar menunjukkan match bracket. Sumber Wikipedia

  • Tournament boleh berlangsung untuk beberapa jam atau berhari-hari. Jadi, buat keputusan tentang durasi tournament jadi mudah nak rancang.
  • Ketahui juga game apa yang anda ingin pertandingan dan berapa had peserta yang anda mahukan. Antara games yang popular dipertandingkan adalah: Valorant, Mobile Legends Bang Bang, PUBG Mobile, Call of Duty Mobile dan sebagainya. 
  • Format juga penting sama ada single/double elimination bracket dan sebagainya.
  • Anda juga boleh pilih untuk buat duit dalam acara ini dengan mendapatkan sponsorship, jual tiket, adakan bazar untuk jualan seperti merchandise, dan lain-lain.

LANGKAH 3 – KEPERLUAN ASAS TOURNAMENT

Ilustrasi menunjukkan stadium arena

  • Lokasi – buat pilihan lokasi yang tepat berdasarkan saiz tournament dan fasiliti yang tersedia
  • Ini senarai checklist yang perlu anda ambil kira:
    • Lesen lokasi
    • Makanan & minuman dibenarkan masuk atau tak
    • Kecukupan parking 
    • Berdekatan pengangkutan awam atau tak
    • Kestabilan Internet di lokasi
    • Kecukupan electrical outlets
    • Tempat duduk peminat dan jumlah tandas 
    • Krew yang diperlukan pada hari tournament

LANGKAH 4 – IKUT BAJET YANG ANDA ADA

Ilustrasi menunjukkan pengurusan bajet
  • Perkara yang paling penting untuk menganjur mana-mana cara. Perbelanjaan yang tak terkawal akan membawa pada kegagalan sesebuah acara. 
  • Kenalpasti objektif anda dan kawal bajet sebaiknya. Ini antara expenses yang perlu anda pertimbangkan.
    • Pemasaran
    • Peralatan 
    • Platform pendaftaran peserta dan pembelian tiket
    • Wang hadiah
    • Staffing cost ( videographer, game monitor, electricians dan hakim)

LANGKAH 5 – SALURAN PEMASARAN

Ilustrasi menunjukkan pengurusan bajet
  • Pemain e-Sport kebiasaannya berinteraksi melalui platform media sosial, jadi ini adalah tempat yang wajib anda pasarkan. Antaranya adalah:
    • Twitch
    • Youtube
    • Discord
    • Tik Tok
    • Portal e-Sport


JADI MACAM MANA NAK ANJUR TOURNAMENT SENDIRI?

  • Mudah je, layari portal Malaysia ESports Federation di https://www.mesf.gg/t untuk membuat akaun dan isikan butiran yang diperlukan. Jika anda dah buat perkara di atas, senang je kerjanya. 
  • Kedua, pilih jenis game yang anda mahukan.

Tangkap layar menunjukkan sebahagaian informasi yang diperlukan untuk menganjur e-games

Tangkap layar kedua, sambungan menunjukkan  informasi yang diperlukan untuk menganjur e-games

  • Seterusnya boleh pilih format yang anda mahu tetapkan dan juga boleh upload banner promosi yang telah anda siapkan.
  • Isikan informasi yang diperlukan sehingga ke tab “Final Confirmation”.

Apa lagi yang anda boleh lakukan di portal mesf ini? Di portal ini juga anda boleh baca berita dan artikel sukan e-Sports tempatan serta tournament yang sedang dan akan berlangsung. Menarik kan?

SIAPA SAJA BOLEH ANJUR KEJOHANAN E-GAMES 

Sukan eSport dah tak asing lagi dalam masyarakat di Malaysia dan ia mempunyai potensi yang besar dalam meningkatkan kepesatan ekonomi digital negara. Mujur, dengan kestabilan infrastruktur jalur lebar, makin senang untuk mereka yang teringin melibatkan diri dalam permainan maya ini. 

Bukan sahaja pengalaman baru, malah ini akan melatih rakyat Malaysia dalam kemahiran meguruskan acara  dan boleh menjadi latihan untuk mereka yang nak jadikan e-games sebagai kerjaya!

Penulisan oleh Qareena Ramlee

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Video Games Malaysia pun Gempak!

Sukan

March 16, 2023

Main Game FPS Cerdaskan Minda?

Sukan

March 14, 2023

Nak Beli Phone Gaming? Ini Specs yang Kena Tahu.

Sukan

March 7, 2023

Main Game Online Guna Wi-Fi Ke Tarik Kabel??? 

Sukan

February 28, 2023

Skip to content