
Nak menang hadiah menarik dengan hanya menjawab trivia dalam strim langsung? Jangan lepaskan peluang keemasan ini dengan menyertai setiap trivia Klik@MyDIGITAL.KKD pada setiap Selasa dan Jumaat!

Klik @ MyDIGITAL.KKD merupakan sebuah strim langsung yang mempunyai peraduan trivia serta tawaran hadiah yang menarik kepada penonton pada setiap minggu.
Peraduan interaktif ini akan berlangsung pada setiap hari Selasa dan Jumaat jam 9 malam hanya di laman rasmi Facebook MyDIGITAL.KKD
Cara Penyertaan Live Trivia Klik@MyDIGITAL.KKD
Like & FollowMyDIGITAL.KKD
Temui MyDIGITAL.KKD di Facebook untuk mengetahui live trivia yang sedang dan akan belangsung.
Layari PortalMyDIGITAL.KKD
Ikuti kandungan yang diterbitkan di Portal MyDIGITAL.KKD untuk tambah pengetahuan dan persediaan untuk menjawab trivia.
Tonton & JawabLive Trivia
Tonton & sertai live trivia MyDIGITAL.KKD di Facebook semasa live streaming berlangsung dan jawab soalan di ruangan komen video

Sertai peraduan trivia di Facebook MyDIGITAL.KKD yang akan datang!
Terma & Syarat
Terma & Syarat Penyertaan
- Setiap peserta hanya dibenarkan untuk menggunakan satu akaun Facebook yang sah sahaja.
- Kecuali dinyatakan sebaliknya kepada pemenang-pemenang, hadiah-hadiah perlu dituntut secara sendiri oleh pemenang-pemenang. Semasa menuntut hadiah, pemenang dikehendaki untuk menunjukkan pengenalan diri iaitu dokumen bergambar pemenang tersebut, sebagai contoh kad pengenalan, lesen memandu dan pasport.
- Pemenang-pemenang di bawah umur 18 tahun hendaklah diiringi oleh ibu/bapa/penjaga sah semasa tuntutan hadiah. Kedua-dua pemenang dan ibu/bapa/penjaga sah perlu menandatangani peraturan-peraturan am peraduan ini serta menunjukkan pengenalan diri yang secukupnya.
- Jika MyDIGITAL.KKD memilih untuk menghantar satu-satu hadiah melalui pos atau kurier, MyDIGITAL.KKD tidak akan bertanggungjawab terhadap keselamatan dan jaminan penyerahan hadiah melalui pos. MyDIGITAL.KKD secara nyata melepaskan segala liabiliti dan tanggungjawab yang timbul hasil daripada kehilangan, kerosakan atau kegagalan penyerahan hadiah.
- Pemenang perlu mengambil gambar bersama hadiah sebagai bukti penyerahan / kutipan hadiah.
- Borang persetujuan harus ditandatangani atau disahkan oleh mana-mana pemenang apabila diminta oleh MyDIGITAL.KKD
- Risiko penggunaan/pengambilan hadiah-hadiah adalah di bawah tanggungan pemenang-pemenang secara keseluruhannya, dan MyDIGITAL.KKD melepaskan kesemua jaminan dan tanggungjawab ke atas sebarang hadiah sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang.
- Jika sesuatu hadiah yang dinyatakan tidak dapat disediakan atas masalah yang tidak dapat dielakkan, MyDIGITAL.KKD berhak menggantikan hadiah tersebut dengan hadiah yang hampir serupa atau dengan hadiah yang lain bernilai sama mengikut budi bicara mutlak MyDIGITAL.KKD.
- MyDIGITAL.KKD berhak untuk menerbitkan, menyiarkan atau selainnya mendedahkan nama seseorang pemenang atau nama seseorang pesaing, perwatakan, perilaku, kenyataan atau apa-apa rakaman suara yang terbabit dalam pengiklanan atau aktiviti-aktiviti promosi yang melibatkan peraduan yang dimenangi, atau peraduan-peraduan MyDIGITAL.KKD secara amnya. MyDIGITAL.KKD berhak untuk mempromosikan atau mengiklankan seseorang pemenang dalam sesuatu peraduan. Semua pemenang adalah dengan ini bersetuju bahawa penggunaan nama mereka untuk tujuan pengiklanan, perniagaan atau promosi oleh MyDIGITAL.KKD tanpa sebarang pampasan tambahan.
- Privasi data peribadi anda anda dilindungi dan tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
- Pihak Penganjur mempunyai hak tunggal untuk mengubah, menangguh atau menukar terma dan syarat sepanjang kempen berlangsung.
- Keputusan adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Individu-individu adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai dan/atau memenangi sesuatu peraduan sekiranya:
- Mereka telah menggunakan atau cuba untuk menggunakan lebih daripada satu nama/identiti yang bukan milik mereka bagi tujuan melayakkan diri untuk memenangi hadiah daripada MyDIGITAL.KKD.
- Didapati bahawa mereka telah menggunakan atau cuba untuk menggunakan lebih daripada satu nama untuk melayakkan diri untuk memenangi hadiah daripada MyDIGITAL.KKD.
- Pembatalan penyertaan akan dilakukan secara automatik jika melanggar terma dan syarat kami tanpa sebarang pemberitahuan.
Proses Penyediaan Hadiah
- Proses penyediaan hadiah bagi mana-mana peraduan di MyDIGITAL.KKD akan mengambil masa sekurang-kurangnya 90 HARI BEKERJA selepas 12 strim langsung trivia berakhir dan jika pemenang tidak menerima hadiah dalam 90 hari waktu bekerja, sila hubungi media sosial rasmi kami.
- Hadiah-hadiah hendaklah dituntut dalam tempoh 1 bulan dari notis pemberitahuan tuntutan. Selepas tempoh tersebut, hadiah-hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan pemberian-pemberian mereka.
- Semua hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh masa yang dinyatakan di atas akan dibatalkan
- Adalah difahami bahawa MyDIGITAL.KKD berhak ke atas hadiah-hadiah yang tidak dituntut. MyDIGITAL.KKD tidak akan membuat sebarang pemberitahuan kepada para pemenang berkenaan baki tempoh yang tinggal. Pemenang-pemenang mempunyai tanggungjawab mutlak menuntut hadiah-hadiah yang dimenangi di dalam tempoh yang dinyatakan di atas.