Rumah Korang Pintar Ke? 

February 20, 2023

Teknologi

“Google, buka lampu dalam bilik”

“Alexa, mainkan lagu chill-chill sikit”

“Siri, kunci jam pukul 6 pagi”. 

Automasi di atas semakin digunakan dengan evolusi teknologi. Perkembangan teknologi yang pesat membuatkan kita boleh menjadikan sesuatu benda “pintar”, sehinggakan kita dah tak perlu bangun atau berdiri untuk melakukan sesuatu benda. Contohnya rumah.  Ya rumah pintar atau smart home

Rumah pintar semakin mendapat perhatian pengguna kerana automasinya yang memudahkan sesuatu pekerjaan. Kehidupan juga bertambah “pintar” dengan adanya teknologi rumah pintar ini.  Mesti anda tertanya-tanya macam mana kita boleh tukarkan status rumah kita menjadi sebuah rumah pintar? Senang je dengan kewujudan Internet of Things (IoT) dan ketersambungan jalur lebar yang meluas. 

RUMAH PUN BOLEH JADI PINTAR???

Apa itu Rumah Pintar? 

Ilustrasi menunjukkan sambungan peranti dala rumah menggunakan teknologi IoT

Rumah pintar merujuk kepada peralatan dan peranti dalam rumah yang boleh dikawal secara automatik dari jauh dan dari mana-mana sahaja. Ia menggunakan sambungan Internet dalam peranti mudah alih atau sambungan Internet jalur lebar di rumah itu sendiri. Peranti di rumah pintar disambungkan melalui Internet, membolehkan pengguna mengawal fungsi seperti akses keselamatan rumah, suhu, pencahayaan, pembersihan dan banyak lagi hanya dengan menggunakan telefon pintar atau pun smart hub

Peranti rumah pintar disambungkan antara satu sama lain dan boleh diakses melalui satu peranti pusat — telefon pintar, tablet, komputer riba atau konsol permainan. Kunci pintu, televisyen, monitor rumah, kamera, lampu, dan juga peralatan seperti peti sejuk boleh dikawal melalui satu sistem automasi rumah. Sistem ini dipasang pada peranti mudah alih atau rangkaian lain dan pengguna boleh membuat jadual masa untuk perubahan tertentu berlaku. Ada juga peranti yang dibina dengan “learning skills” untuk memahami rutin harian anda dan membuat perubahan bila diperlukan. 

Pintarkan Rumah Anda

Ilustrasi menunjukkan antara peranti yang boleh digunakan dalam smart home

Terdapat banyak pilihan peranti pintar yang boleh digunakan untuk menukar rumah anda menjadi sebuah rumah pintar.  Kalau anda nak mula pintarkan rumah anda, boleh mula dengan ini : 

1. Hub Pintar (Smart Hub) – Alternatif kepada telefon pintar. Kalau anda jenis yang suka menggunakan suara untuk memberikan arahan, anda kena dapatkan hub pintar. Hub pintar ini akan menyambungkan peranti-peranti yang compatible untuk anda memberikan arahan kepadanya. Contohnya seperti “apa cuaca hari ini?”, “mainkan lagu di Spotify” dan banyak lagi. Hub pintar yang terkenal adalah seperti Alexa dan Google Home. 

Gambar menunjukkan Alexa daripada Amazon dan seleksi Google Home/Nest daripada Google

2. Smart Automationsmart automation seperti smart switch turut menambahkan lagi ciri rumah pintar yang pasti memudahkan aktiviti harian anda. Smart automation ini tersambung dengan smart hub untuk memberi arahan kepada peranti tersebut. Terdapat pelbagai peranti yang boleh anda dapatkan seperti smart lighting, smart curtains dan banyak lagi. Anda boleh mengarahkan peranti ini dengan suara atau melalui aplikasi di telefon pintar dengan menekan satu butang. Contoh seperti Xiaomi Smart Lamp dan Aqara Smart Curtains. 

Gambar menunjukkan smart automation untuk lampu dan langsir

3. Peranti kerja rumah – Perkakas yang biasa digunakan di rumah pintar ialah vakum robot, kipas, penghawa dingin dan lain-lain. Melalui aplikasi, anda boleh mengawal peralatan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Sebagai contoh, anda boleh menetapkan masa untuk vakum robot membersihkan bilik pada 3:00 PM setiap hari. Selain itu, anda juga boleh menggunakan arahan suara untuk mengawal peralatan tersebut juga. Oleh itu, semua peralatan ini menjadikan kehidupan kita lebih mudah. Antara perkakas yang boleh digunakan adalah Dreame Bot W10 Pro Self-Cleaning Vacuum and Mop. 

Gambar menunjukkan contoh robot vakum dan air purifier

4. Keselamatan – Dengan teknologi rumah pintar, keselamatan rumah anda juga boleh di perketatkan. Dengan kehadiran kamera CCTV pintar, siren pintar dan sebagainya, anda akan mendapat notifikasi jika sesuatu berlaku di rumah anda. Reolink Argus 3 Pro untuk kamera dan Xiaomi Smart Home Security adalah antara peranti sekuriti pintar yang boleh digunakan. 

Gambar menunjukkan produk Reolink Argus Pro 3 dan Xiaomi Smart Home Security

MASYARAKAT PINTAR BERMULA DI RUMAH

Kini anda berpeluang  jadikan rumah anda pintar dengan peranti-peranti yang tersambung. Dengan penggunaan IoT yang semakin luas dan ketersambungan jalur lebar yang tersedia, kehidupan akan jadi lebih baik. Kalau nak mula pintarkan rumah anda, mula dengan satu-persatu dahulu dan ikut bajet. Tak perlu terburu-terburu untuk menjadi yang paling pintar. Ingat, teknologi ini untuk kesenangan dan memudahkan kerja, bukan untuk menunjuk-nunjuk. 

Semua pun boleh jadi dengan ketersambungan jalur lebar di hujung jari. Bermula dengan rumah pintar, teknologi ini akan berkembang kepada komuniti pintar dan bandar pintar juga. Naik taraf kehidupan di rumah dengan teknologi rumah pintar. 

Penulisan oleh Arshad Adam

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Besar Kecil Besar Kecil. Website Apa Ni?

Teknologi

March 16, 2023

Dulu Tak Mampu, Sekarang Mampu Milik - Internet

Teknologi

March 15, 2023

FREE Online Tools Untuk Tolong Cikgu!

Teknologi

March 10, 2023

5 Telefon Legend Yang Semua Pernah Guna

Teknologi

March 10, 2023

Skip to content