Nak Tahu Ada Line Internet ke Tidak? Jom Guna Aplikasi Ini!

January 6, 2023

Teknologi

“Asal balik kampung line tak ada. Pegi travel lokal pun tak ada coverage. Dah tu macam mana nak tahu service provider mana yang ada coverage tempat tu?”

Gambar menunjukkan sebuah aplikasi geolokasi

Memang mengecewakan, terutamanya bila nak buat livestreaming atau upload gambar. Paling tak seronok bila bos minta buat kerja urgent, line tak ada nak hantar fail. Jangan risau, teruskan membaca dan aplikasi ini akan bantu anda. 

Tidak dinafikan capaian Internet di negara kita sudah meliputi serata negara. Menurut “Okkla – penyedia maklumat prestasi akses Internet beribu pejabat di Seattle, Amerika Syarikat (AS), ketersediaan liputan rangkaian 4G di Malaysia hampir mencapai 100 peratus setakat suku pertama 2022. Jadi jika kediaman anda masih tidak mempunyai rangkaian Internet, ini adalah masanya untuk anda memasang peranti Internet di rumah. Tapi bagaimana anda nak tahu liputan Internet di sesebuah lokasi itu bagus atau tidak? 

Ini caranya, buka JENDELA. Bukan jendela tingkap rumah, tetapi aplikasi Jendela Map – Pelan Jalinan Digital Malaysia.

APA ITU JENDELA? 

Gambar menunjukkan logo Jendela

Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dirangka untuk memberi liputan yang lebih meluas dan pengalaman kualiti jalur lebar yang lebih baik untuk rakyat, sebagai langkah siap siaga negara untuk beralih kepada teknologi 5G. Pelbagai inisiatif diwujudkan untuk meningkatkan kesalinghubungan dan komunikasi yang mampan.

Antaranya adalah Jendela Map – urusan bakal menjadi lebih mudah. Portal yang disediakan untuk anda ini dapat memberitahu anda liputan Internet yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan. Hanya masukkan lokasi dan anda akan menerima senarai penyedia perkhidmatan dan liputan rangkaian di kawasan tersebut. 

CIRI UTAMA JENDELA MAP

Gambar menunjukkan ciri utama aplikasi mudah Alih Jendela MAP

  • Semak Liputan – Gunakan ciri aplikasi ini untuk cari lokasi anda, periksa liputan perkhidmatan dan hantar permintaan anda. 
  • Hantar Maklum Balas – Anda boleh menghantar maklum balas liputan perkhidmatan internet di lokasi anda untuk menambah baik liputan perkidmatan Internet di kawasan anda. 
  • Menarik Di – Akses kepada dan carian pelbagai Pejabat Pos, Cawangan Kurier, Depot Penghantaran, Pusat Internet dan banyak lagi. 
  • Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) – Dapatkan lebih banyak maklumat mengenai kegiatan dan aktiviti di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di kawasan anda. 
  • Berita Jendela  – Anda boleh membaca mengenai berita dan aktiviti terkini tentang JENDELA. 
  • Status Peta Maklum Balas – Memaparkan maklum balas sekitar lokasi anda.
  • Laman Sesawang Jendela – Anda boleh membaca mengenai berita, aktiviti dan kemas kini JENDELA yang terkini. Boleh juga imbas pelbagai butiran maklumat.
  • Penyedia Perkhidmatan – Senarai syarikat telekomunikasi Malaysia untuk memperkenalkan rangkaian selular digital, atau teknologi 2G

Berikut merupakan penjelasan tentang JENDELA dalam bentuk video, jom tonton!

JENDELA MAP – PORTAL UNTUK RAKYAT

Ambil tahu dan periksa liputan rangkaian Internet di lokasi semasa anda dan lokasi yang anda bakal diami dengan Jendela. Jangan ketinggalan dalam bersama-bersama menuju ke arah Malaysia  negara digital. Muat turun aplikasi Jendela Map di Google Play dan App Store. Untuk cara penggunaan memeriksa liputan perkhidmatan, boleh klik di sini.

Penulisan oleh Arshad Adam

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Besar Kecil Besar Kecil. Website Apa Ni?

Teknologi

March 16, 2023

Dulu Tak Mampu, Sekarang Mampu Milik - Internet

Teknologi

March 15, 2023

FREE Online Tools Untuk Tolong Cikgu!

Teknologi

March 10, 2023

5 Telefon Legend Yang Semua Pernah Guna

Teknologi

March 10, 2023

Skip to content