Daripada Wanita Untuk Wanita – STEM

February 13, 2023

Teknologi

“Weh Nurul, nanti kita habis sekolah ni kau nak sambung  belajar bidang apa?”

“Kau kan kenal aku, aku minat betul gear-gear ni. Nak jadi macam Aisszy electronic tu”

“Tapi bidang tu bukan selalu lelaki je ke yang masuk?”

Perbualan ni macam dah familiar dengar kan? Sebab ramai di antara kita yang dah terbiasa fikir kalau bidang STEM je confirm orang lelaki je masuk. Eh sekejap, STEM tu apa? Stem cell?  

Gambar menunjukkan poster tentang STEM

Science. Technology. Engineering. Mathematic. Haa, ini lah singkatan bagi STEM, bukan stem cell tu. Kalau anda nak tahu, bidang-bidang ini juga ada yang dipelopori oleh golongan wanita. Cumanya tak ramai. Cuba teka siapa yang cipta wiper untuk kereta, Bluetooth dan GPS? Ini semua ciptaan wanita tau!

Tak kurang juga wanita Malaysia yang dah banyak mengharumkan nama Malaysia. Mungkin ramai lagi tak pernah dengar mengenai mereka ini, jom kita baca pencapaian anak-anak Malaysia yang memang mind-blown!

BUKTI WANITA MALAYSIA POWER!

 Ilustrasi menunjukkan barisan wanita bekerjaya

List ini hanyalah sebahagian, ramai lagi yang hebat di luar sana tau. Tapi, ini adalah 3 contoh sumbangan wanita Malaysia dalam bidang STEM :

WANITA MALAYSIA DALAM  NASA – Dr Amani

Gambar Dr Amani dalam pakaian NASA. Kredit imej daripada Harian Metro.
  • Pergh, kalau bercakap soal NASA (Agensi Pusat Angkasa dan Pentadbiran Angkasa), selalunya akan terlintas tentang spacecraft, rocket, saintis, jurutera dan semestinya angkasawan. 
  • Tapi wajah-wajah yang dipaparkan media biasanya lelaki. Kalau ada wanita pun tak ramai, apatah lagi wanita Malaysia. 
  • Tapi tidak lagi sekarang! Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim atau lebih dikenali sebagai Dr Amani, telah menjadi bukti yang saintis wanita muslim pun boleh berjaya dan bekerja di NASA. 
  • Beliau yang bekerja dalam bidang Kejuruteraan Aeroangkasa sedang menghasilkan sensor mudah yang amat berguna ketika bencana banjir bersama kumpulannya. Sensor ini akan membantu kerana ia boleh menguji tahap kebersihan air daripada bakteria berbahaya. 
  • Latar Belakang: Beliau mengambil  ijazah sarjana muda dan sarjana di University of Minnesota di Minneapolis. Mana tahu lepas ni ada yang nak ikut jejak kan?
  • Ikut Jejak Langkah: Kalau di Malaysia, anda boleh cuba untuk masuk ke dalam bidang kejuruteraan dalam Aeroangkasa seperti yang ditawarkan dalam Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kuala Lumpur MIAT (UniKL MIAT) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

WANITA PAKAR ELEKTRONIK – Aqilah “Aiszzy Electronics”

Gambar Aqilah dengan peserta-peserta workshop yang dianjurkannya. Kredit imej daripada laman web beliau. 
  • Siapa kata dalam STEM kena buat ciptaan baharu? Lihat sahaja contoh ‘Aqilah yang merupakan pakar dalam menyediakan servis yang berkaitan kejuruteraan. Macam-macam Aisszy Electronic boleh buat!
  • Antaranya ialah program LCD pakai nano, tekan dinding keluar bunyi dan bermain game dinosaur Google secara automatik. Memang terkejut, banyak benda boleh ‘Aqilah buat. Sangat membanggakan.
  • Latar belakang: Nak jadikan idola? Haa, boleh mula dengan ceburi bidang kejuruteraan elektronik di UiTM sama macam Cik Aqilah . 
  • Ikut Jejak Langkah: Anda boleh cuba untuk mohon ke fakulti kejuruteraan elektrik dan elektronik di Universiti seperti Universiti Herriot Watt, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), USM dan Universiti Malaya (UM).

WANITA MALAYSIA DALAM KAJIAN MOLEKUL – Dr Oon Chern Ein

Gambar Dr Oon Chern Ein ketika mengambil anugerah di Women of the Future South East Asia Awards. Kredit imej daripada NST.
  • Power tak power Dr Oon Chern Ein, beliau telah banyak menerima anugerah untuk penyelidikannya dalam terapi sasaran molekul untuk kanser, selain dinobatkan anugerah L’Oreal-UNESCO For Women in Science National Fellowship yang berprestij pada 2015.
  • Latar Belakang: Beliau mengambil jurusan Bioteknologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan menyambung pengajian di Universiti Oxford dalam Perubatan Onkologi.
  • Ikut Jejak Langkah: Macam mana nak jadi macam Dr Oon, anda boleh mohon untuk masuk ke dalam fakulti bioteknologi dan biomolekular di universiti seperti UPM, UM, USM, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Tun Abdul Razak (UTAR)

BESTNYA KALAU BOLEH CIPTA NAMA MACAM MEREKA!

Tahukah anda bahawa  dilaporkan oleh UNESCO di mana kurang 30% penyelidik di seluruh dunia adalah wanita dan hanya 30% je pelajar perempuan nak ambil bidang STEM dalam peringkat pengajian tinggi.  Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Rebut peluang dan dapatkan pengetahuan sebanyak mungkin lebih-lebih lagi tentang STEM ni. Bukan sahaja bakal menaikkan portfolio anda, malah boleh majukan nama negara. 

​​

Ilustrasi menunjukkan sekumpulan pelajar sedang belajar dan berdiskusi

MINAT, NAK SAMBUNG KAT MANA EH?

Belajar di Malaysia pun boleh, banyak jurusan STEM yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi. Ikut pilihan dan kemampuan sama ada nak belajar di institusi pengajian awam atau swasta. Ini adalah antara jurusan yang terlibat: 

S untuk Sains

  • Antara universiti:   Fakulti Sains (UPM&UM), Fakulti Sains dan Teknologi (UKM), Fakulti Sains Kesihatan (UiTM), Fakulti Sains Maklumat & Kejuruteraan (MSU) dan Program Biomedik (MAHSA)
  • Antara Kerjaya:  Saintis, Doktor Perubatan, Ahli Mikrobiologi, Jururawat dan Ahli Kimia

T untuk Teknologi

  • Antara universiti:   Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (UKM & UPM), Fakulti Teknologi & Informatik Razak (UTM) &  Fakulti Teknologi & Informasi (UTMKL)
  • Antara Kerjaya:  Pembangun Perisian, Saintis Data, Pereka Permainan Video dan Saintis Alam Sekitar

E untuk Engineering (Kejuruteraan)

  • Antara universiti:  Fakulti Teknologi Kejuruteraan (UTHM, UPM &UiTM) dan  Program Kejuruteraan (Universiti Heriot-Watt)
  • Antara Kerjaya:  Jurutera Robotik, Jurutera Kimia dan Jurutera Pertanian

M untuk Matematik

  • Antara universiti:   Fakulti Sains Komputer Dan Matematik (UiTM &UPSI) dan Program Pengkomputeran dan Matematik (MMU)
  • Antara Kerjaya:  Ahli Statistik, Ahli Aktuari, Akauntan dan Kriptografi

Untuk maklumat yang lebih menyeluruh Cikgu Aishah dari SMK Seri Kandi dah buat infografik lengkap yang membantu para pelajar membuat keputusan untuk laluan kerjaya masing-masing. Anda boleh layari infografik itu di sini. 

WANITA MASA DEPAN NEGARA

Ilustrasi menunjukkan tiga orang wanita yang berkeyakinan tinggi

Dah sampai masa untuk kita tepis mitos yang “wanita secara genetiknya tak mampu menyumbang kepada STEM”.  Wanita juga adalah tunjang negara yang turut menyumbang kepada inovasi dalam teknologi. Ada juga biasiswa yang ditawarkan khas untuk pelajar wanita dalam STEM.  Tak kira mana pun ada berada capailah peluang untuk belajar lagi-lagi wanita yang minat dalam bidang-bidang tersebut. Sekarang pun dah mudah dengan ketersambungan Internet yang memungkinkan idea dan inovasi berlari lebih jauh lagi.

Ayuh wanita, bersama kita ceburi bidang STEM untuk negara yang lebih berinovasi! 

Penulisan oleh Qareena Ramlee

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Besar Kecil Besar Kecil. Website Apa Ni?

Teknologi

March 16, 2023

Dulu Tak Mampu, Sekarang Mampu Milik - Internet

Teknologi

March 15, 2023

FREE Online Tools Untuk Tolong Cikgu!

Teknologi

March 10, 2023

5 Telefon Legend Yang Semua Pernah Guna

Teknologi

March 10, 2023

Skip to content