7 Manfaat Cloud Storage untuk Semua Orang

December 28, 2022

Teknologi

“Alamak, memory full pulak!!”

Berapa kali anda mengalami situasi seperti ini sehingga membantutkan proses kerja anda? Masih ingatkah tentang kewujudan pendrive atau USB Drive pada awal-awal kemunculannya. Setiap orang pasti ada sekurang-kurangnya 2 pendrive untuk menyimpan kerja. Jika dulu kita ada disket, selepas itu USB Drive & Portable Hard Disk namun sekarang tahukah anda tentang Cloud StorageCloud Storage mampu meningkatkan produktiviti kerja anda, berikut caranya.

APA ITU CLOUD STORAGE?

Gambar menunjukkan ilustrasi Penstoran Awan.
Ilustrasi menunjukkan Penstoran Awan

Cloud Storage atau Penyimpanan Awan dalam istilah Bahasa Melayu merupakan medium penyimpanan dalam talian atau digital. Cara penyimpanan ini membolehkan pengguna menyimpan data/maklumat di pelayan maya (server) yang tersedia.

KELEBIHAN CLOUD STORAGE

Antara kelebihan Cloud Storage termasuk: 

  1. Akses bila-bila masa – Anda boleh menyimpan data/maklumat bila-bila masa selagi ada capaian internet. 
  1. Kos efektif – Anda tak perlu lagi membawa storan fizikal seperti pendrive atau hard disk. Selalunya storan fizikal ini akan cepat rosak dan kerap diganti baru. Dengan Cloud Storage, anda tak perlu lagi berbelanja untuk storan fizikal. 
  1. Alat berkongsi – Perkongsian data dengan pengguna lain dengan mudah dan di hujung jari. Selain itu, perkongsian ini juga boleh dikawal dan dipantau oleh anda kerana hanya mereka yang mempunyai akses kepada maklumat dan data anda je boleh mengakses simpanan anda.  
  1. Kolaborasi – Dengan Cloud Storage, anda dapat berkolaborasi dengan sesiapa sahaja yang mempunyai akses kepada data dan maklumat anda. 
  1. Kurang risiko data rosak – Kekerapan storan fizikal tidak dapat dikenalpasti di komputer sangat tinggi. Dengan Cloud Storage, risiko data anda rosak dapat diminimumkan. 
  1. SelamatCloud Storage memastikan data dienkripsi (penukaran data sensitif kepada bentuk kod sulit untuk membolehkan data dikirim dengan selamat tanpa difahami pihak lain). 
  2. Tak cukup storan, boleh upgrade bila-bila masa – Dengan pelbagai tawaran daripada pembekal perkhidmatan Cloud Storage, anda boleh menaiktaraf tahap storan anda dengan mudah mengikut kesesuaian kerja anda.

3 CONTOH CLOUD STORAGE

Gambar menunjukkan antara pilihan Penstoran Awan di pasaran
Gambar menunjukkan antara pilihan Penstoran Awan di pasaran

Google Drive, Dropbox, iCloud merupakan jenis Cloud Storage yang anda selalu dengar dan guna. Telegram juga merupakan storan tanpa membebankan memori telefon pintar anda. 

Anda perlu hantar fail besar yang hanya tersedia pada jangka pendek (7 hari hingga sebulan)? Ini antara pilihan yang anda boleh guna:

  • Wetransfer
  • Sendspace
  • Send Anywhere

SIAPA YANG PERLUKAN CLOUD STORAGE?

Sesiapa saja yang memerlukan simpanan dan perkongsian data seperti pelajar universiti, guru dan para professional. Industri kreatif juga memerlukan penghantaran fail besar seperti visual, video dan biasanya working file.

SIMPAN DALAM TALIAN

Dengan ketersambungan yang semakin meningkat, tiada alasan untuk tidak menggunakan Cloud Storage dalam urusan seharian anda. Penggunaan yang efektif dan efisyen selari dengan dunia digital. 

Penerapan dan pembudayaan Cloud Storage ini harus menjadi tanggungjawab bersama. Kita bantu tingkatkan literasi digital rakyat Malaysia yang kebanyakannya tidak sedar mereka telahpun menggunakan aplikasi ini. 

Simpan semua data anda dalam Cloud Storage hari ini! 

Penulisan oleh Arshad Adam

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Besar Kecil Besar Kecil. Website Apa Ni?

Teknologi

March 16, 2023

Dulu Tak Mampu, Sekarang Mampu Milik - Internet

Teknologi

March 15, 2023

FREE Online Tools Untuk Tolong Cikgu!

Teknologi

March 10, 2023

5 Telefon Legend Yang Semua Pernah Guna

Teknologi

March 10, 2023

Skip to content